
VINNYTSIA, Ukraine: Ketika tentera Rusia melancarkan serangan di timur Ukraine, Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky memecat ketua keselamatan negeri dan ketua pendakwa rayanya, susulan dakwaan bahawa ratusan prosiding jenayah sebagai pengkhianatan dan kerjasama oleh orang dalam jabatan mereka dan agensi penguatkuasaan undang-undang lain.
Zelensky dalam ucapan video pada malam Ahad (17 Julai) berkata bahawa secara khususnya, lebih daripada 60 pekerja pejabat pendakwa dan perkhidmatan keselamatan negeri (SBU) yang kekal di wilayah yang diduduki dan bekerja, menentang Ukraine, lapor Reuters.
“Pelbagai jenayah terhadap asas keselamatan negara, dan hubungan yang direkodkan antara pasukan keselamatan Ukraine dan perkhidmatan khas Rusia menimbulkan persoalan yang sangat serius mengenai pemimpin masing-masing,” dakwanya.
Zelensky memecat Ivan Bakanov, rakan zaman kanak-kanak dan bekas rakan perniagaan yang telah dilantiknya untuk mengetuai SBU dan kini penggantinya dalam proses pemilihan.
Bakanov sebelum ini telah mendapat kritikan yang semakin meningkat mengenai pencabulan keselamatan sejak perang Ukraine-Rusia bermula.
Turut dipecat ialah Ketua Pendakwa, Iryna Venediktova yang digantikan dengan timbalannya Oleksiy Symonenko. Terdahulu, Venediktova telah membantu mengetuai penyiasatan jenayah perang. – HARAKAHDAILY 18/7/2022




















