Tiga maut ditembak di Greenwood Park Mall

Kakitangan kecemasan berkumpul selepas kejadian tembakan maut di Greenwood Park Mall di Indiana, Indianapolis, Washington, Amerika Syarikat pada 17 Julai 2022. (FOTO Indianapolis Star melalui AP)
- Advertisement -

INDIANA, Washington: Seorang lelaki bersenjata yang melepaskan tembakan rambang di medan selera sebuah pusat beli-belah di luar Indianapolis pada Ahad (17 Jul), menyebabkan tiga orang maut, sebelum seorang individu lain menembak mati penyerang tersebut.

Dua orang lagi cedera dalam kejadian itu, yang berlaku pada awal petang di Greenwood Park Mall, lapor Indianapolis Star, memetik  kenyataan Ketua Polis Greenwood, Jim Ison.

- Advertisement -

Akhbar itu melaporkan bahawa polis percaya seorang individu dalam kalangan orang ramai yang berada di lokasi kejadian, yang juga mempunyai senjata melihat tembakan itu dan melepaskan tembakan ke arah lelaki bersenjata itu.

“Penyerang  itu bersendirian dan mempunyai senapang serta beberapa majalah peluru,” ujar Ison.

Polis Greenwood belum mendedahkan nama mangsa dan penyerang berkenaan dalam kejadian yang menyebabkan orang ramai yang berada di medan selera Greenwood Park Mall lari bertempiran untuk menyelamatkan diri selepas mendengar bunyi tembakan yang bertalu-talu dilepaskan ke arah  mereka. 

Kejadian serangan tembakan  berlaku di tengah-tengah kebimbangan meluas di sekolah, tempat kerja dan kawasan awam di Amerika Syarikat yang kerap menjadi tajuk berita utama sejak akhir-akhir ini.

Pembunuhan beramai-ramai  bermula sejak Mei tahun ini masing-masing di kedai runcit New York, sebelum diikuti kejadian di sekolah rendah Texas dan perarakan Hari Kemerdekaan di Illinois telah kembali menimbulkan isu perdebatan sengit AS mengenai peraturan senjata api di negara itu.

Jawatankuasa Kehakiman Dewan AS akan meneliti cadangan undang-undang bagi pengharaman senjata api, kata panel itu pada Jumaat lalu, yang bagaimanapun dijangka, ia tidak akan diluluskan Dewan Negara AS. – HARAKAHDAILY 18/7/2022

- Advertisement -