Tragedi di Baling dibantu ramai sukarelawan berjasa, berbudi

- Advertisement -

TAK terbalas semua jasa dan budi para sukarelawan yang membantu mangsa-mangsa tragedi kepala ayaq di Baling. 

Saya difahamkan, para sukarelawan mai dari pelbagai tempat dalam dan luaq Kedah.

Jabatan Amal, parti-parti politik, jabatan-jabatan dan agensi-agensi kerajaan, kelab-kelab dan NGO, pertubuhan belia, syarikat korporat, alim ulamak, tuan guru, dan orang perseorangan. 

Termasuk juga para pemilik dan pemandu jentera berat sukarela. Saya nampak ada yang bawa backhoe, bawa trellerescavator, dan lori pelbagai saiz. 

Kebanyakan depa ni mai dengan duit sendiri tanpa minta upah dari sesiapa. Buat kerja siang malam sampai tak dan nak mandi pun ada. 

Sikap begini adalah sikap terpuji dan mulia. Menolong orang lain yang sedang ditimpa kesusahan dan musibah, bantu meringankan bebanan mangsa-mangsa tragedi, Allah akan ganjari dengan sebaik-baik ganjaran. Orang yang suka tolong orang, Allah pasti akan bantu dia, mudahkan urusan dia. 

Saya besa lalui hidup susah. Saya sangat faham erti susah. Amat besar maknanya bila ada orang mai tolong hulurkan bantuan saat kita dalam kesusahan. 

Terima kasih kepada semua pihak yang membantu. Pihak Kerajaan Negeri membuka ruang seluas-luasnya kepada semua pihak untuk memberi khidmat dan menghulurkan pertolongan. 

Jikalau kita bertanam padi,
Senanglah makan adik beradik, 
Jikalau kita bertanam budi, 
Orang yang jahat menjadi baik. 

Jikalau kita bawa lori,
Tengoklah sama tengah dan tepi, 
Jikalau kita ikhlas berbakti, 
Sejahtera hidup disanjung tinggi.

DATO’ SERI MUHAMMAD SANUSI MD NOR
Menteri Besar Kedah – HARAKAHDAILY 7/7/2022

- Advertisement -
- Advertisement -