Perdana Menteri rai pengamal media berbuka puasa

- Advertisement -

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, meraikan kira-kira 700 pengamal media termasuk ketua pengarang dan editor pada Majlis Berbuka Puasa di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya, semalam.

- Advertisement -

Sebaik Perdana Menteri tiba kira-kira jam 7 petang, beliau beramah mesra dengan pengamal media dari pelbagai media, termasuk cetak, elektronik dan portal berita.

Pada majlis itu, Ismail Sabri turut menyampaikan sumbangan kepada 95 jemputan Pejabat Perdana Menteri dari Yayasan Keluarga Malaysia serta Rumah Anak Yatim dan Asnaf Raudhatul Al-Faeez.

Perdana Menteri kemudian menunaikan solat maghrib, isyak dan tarawih secara berjemaah. – HARAKAHDAILY 25/4/22

- Advertisement -