‘Anak muda nampak keras, tapi hati lembut’

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Maharani, Abdul Aziz Talib berkata, anak muda kadang-kadang nampak keras tetapi hati mereka lembut menerima nasihat.

Sehubungan itu, beliau mengutamakan program yang melibatkan golongan itu apabila berlaku pertembungan.

Menurutnya, kadang-kadang bertembung dua atau tiga program dalam satu masa yang menyebabkan susah untuk dipertimbangkan yang mana hendak diutamakan.

- Advertisement -

“Tapi kalau program melibatkan anak muda biasanya saya akan utamakan.

“Generasi muda ini yang perlu kita sentiasa santuni, mereka merupakan pelapis dan bakal membentuk kehidupan anak cucu kita di kemudian hari,” ujarnya menerusi laman Facebook beliau, malam tadi.

Beliau yang juga Yang Dipertua PAS Kawasan Muar menambah, sentuhan dari hati ke hati sangat penting.

“Bukan apa, anak muda ni kadang-kadang nampak keras, bersemangat dan bertenaga. Tapi hati mereka lembut menerima nasihat.

“Sebagai orang lama, saya memang suka berkongsi pengalaman hidup dan perihal perjuangan ini kepada mereka,” ujarnya lagi.

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada Alternative Riding Club (ARC) Johor dan Dewan Pemuda PAS Parlimen Muar atas penganjuran program iftar, terawih, singgah sahur dan qiamullail.

“Dari siang tadi sampai pagi esok program, itulah semangat anak muda. Terus istiqamah berbakti untuk masyarakat,” tambahnya. – HARAKAHDAILY 23/4/2022

- Advertisement -