
RIYADH: Seramai kira-kira 4,000 orang telah mendaftar untuk melakukan itikaf, atau ibadat terpencil, di Masjid Nabawi di Madinah bermula hari ini, Khamis (21 April) di Arab Saudi.
Itikaf dilakukan menjelang 10 hari terakhir Ramadan apabila jemaah mengasingkan diri dan menumpukan masa mereka untuk solat, berdoa, dan membaca al-Quran. Ia bermula dari terbenamnya matahari pada hari ke-20 Ramadan dan berakhir apabila bulan Aidil Fitri dilihat. Sepanjang masa itikaf, jemaah tinggal dan tidur di masjid.
Makanan untuk berbuka puasa dan sahur, minuman panas dan sejuk, serta perkhidmatan pembersihan akan disediakan kepada jemaah yang mengasingkan diri di Masjid Nabawi untuk memastikan keselesaan mereka. Mereka juga akan mendapat akses kepada kuliah agama dalam beberapa bahasa.
Jemaah yang mengasingkan diri berkenaan digesa mengikuti garis panduan dan arahan yang diberikan kepada mereka oleh pihak pengurusan Masjid Nabawi. – Arab News




















