Rusia bakal kurangkan aktiviti ketenteraan di Kiev, Chernihiv

- Advertisement -

KIEV: Pihak perunding Rusia dan Ukraine telah menamatkan rundingan langsung pertama kali dalam tempoh lebih dua minggu di Istanbul, Turki  dengan Moscow berkata ia bersedia untuk ‘secara asasnya mengurangkan’ aktiviti ketenteraan berhampiran ibu kota Ukraine,  Kyiv dan bandar di bahagian utara, Chernihiv.

Timbalan Menteri Pertahanan Rusia, Alexander Fomin berkata langkah itu bertujuan ‘untuk meningkatkan keyakinan’ dalam rundingan yang bertujuan menamatkan konflik Rusia-Ukraine, ketika perunding kedua-dua negara mengadakan pertemuan secara bersemuka pada hari Selasa (29 Mac) selepas beberapa  rundingan terdahulu gagal mencapai kesepakatan.

- Advertisement -

Menurut Fomin, Moscow telah memutuskan untuk ‘pada asasnya … mengurangkan aktiviti ketenteraan di Kyiv dan Chernihiv’.

Di pihak Ukraine, perunding berkata mereka bersedia untuk bersetuju dengan status neutral , iaitu salah satu tuntutan utama Rusia – jika perjanjian antarabangsa di mana negara lain akan menjadi penjamin keselamatan Ukraine akan dilaksanakan.

“Kami mahu mekanisme antarabangsa jaminan keselamatan di mana negara penjamin akan bertindak dengan cara yang sama dengan artikel nombor lima NATO – dan lebih tegas lagi,” kata seorang perunding Ukraine, David Arakhamia, dalam satu kenyataan kepada media. 

Menurut Arakhamia, pertemuan antara presiden Ukraine dan Rusia adalah mungkin, dan sebelum sebarang perjanjian muktamad dengan Rusia, perlu ada keamanan penuh di seluruh Ukraine.

Sementara Menteri Luar Turki, Mevlut Cavusoglu berkata rundingan di Istana Dolmabahce di selat Bosphorus menunjukkan ‘kemajuan paling ketara]’  sejak perang meletus antara kedua-dua negara.

Bercakap selepas rundingan selama tiga jam itu berakhir, Cavusoglu berkata perbincangan itu menunjukkan ‘kemajuan paling ketara sejak rundingan bermula’ berikutan serangan Rusia ke atas Ukraine bermula 24 Februari. 

“Rundingan tidak akan disambung pada Rabu (30 Mac),” ujarnya. – Al Jazeera

- Advertisement -