Perintah berkurung di Shanghai: Strategi ‘Covid-sifar’ besar-besaran bermula

China kini mula menguatkuasakan pendekatan 'dinamik Covid-sifar', yang disaftkan sebagai strategi langkah pencegahan yang paling ekonomik dan berkesan terhadap penularan Covid-19 yang kembali melonjak naik di negara itu. (FOTO Reuters)
- Advertisement -

SHANGHAI: Kerajaan China telah memulakan perintah berkurung di sebahagian besar bandar terbesarnya, Shanghai dengan populasi 26 juta, apabila bilangan kes baharu Covid-19 di situ kembali melonjak  di tengah-tengah persoalan tentang strategi ‘Covid-Sifar’ di negara itu.

Pihak berkuasa tempatan dalam kenyataannya berkata, daerah kewangan Pudong Shanghai dan kawasan berdekatan mula dikenakan perintah berkurung sepenuhnya dari awal Isnin (28 Mac) hingga Jumaat (1 April) ini ketika ujian besar-besaran di seluruh bandar dijalankan.

- Advertisement -

“Dalam fasa kedua sekatan itu, kawasan pusat bandar yang luas di barat Sungai Huangpu yang membahagikan bandar itu kemudiannya akan memulakan sekatan lima harinya sendiri pada hari Jumaat (1 April).

“Penduduk dikehendaki tinggal di rumah dan penghantaran akan ditinggalkan di pusat pemeriksaan kawasan perumahan masing-masing untuk memastikan tiada hubungan dengan dunia luar. Pejabat dan semua perniagaan yang tidak dianggap penting akan ditutup dan pengangkutan awam digantung,” tambah kenyataan tersebut.

Terdahulu, sejumlah 3,500 lagi kes jangkitan baharu dikesan pada Ahad (27 Mac), walaupun kesemuanya kecuali 50 adalah orang yang diuji positif tetapi tidak menunjukkan simptom Covid-19.

China mengkategorikan kes sedemikian secara berasingan daripada ‘kes yang disahkan’ iaitu  kes orang yang bergejala dengan jangkitan Covid-19, yang membawa membawa kepada jumlah yang jauh lebih rendah dalam laporan kes baharu harian.

Sebagai tindak balas kepada wabak terbesarnya dalam tempoh dua tahun, China terus menguatkuasakan apa yang dipanggil pendekatan ‘dinamik Covid-sifar (‘dynamic zero-Covid’),  melabelkannya sebagai  strategi pencegahan paling ekonomik dan berkesan terhadap Covid-19.

“Itu memerlukan penutupan dan ujian besar-besaran, dengan kenalan rapat sering dikuarantin di rumah atau di kemudahan kerajaan pusat. Strategi ini memfokuskan pada membasmi penularan virus komuniti secepat mungkin, kadangkala dengan mengenalan perintah berkurung di seluruh bandar,” ujar kenyataan tersebut.

Dengan pertumbuhan ekonomi China yang semakin perlahan, langkah-langkah ekstrem itu dilihat sebagai kesukaran yang semakin menambahkan impak buruk terhadap pekerjaan, penggunaan dan juga rantaian bekalan global. – AP 

- Advertisement -