WDS 2022: Kementerian Pertahanan Saudi meterai 23 perjanjian SR13 bilion

Pameran Pertahanan Dunia (WDS) 2022 yang sedang berlangsung di Riyadh, Arab Saudi pada 6 hingga 9 Mac 2022. (FOTO BizToday)
- Advertisement -

RIYADH: Kementerian Pertahanan (MoD) Arab Saudi mengumumkan pemeteraian 23 kontrak bernilai lebih SR13 bilion (RM14.5 bilion) dengan syarikat tempatan dan antarabangsa pada hari keempat Pameran Pertahanan Dunia (WDS) 2022, untuk menyokong keupayaan angkatan tentera negara itu dan meningkatkan keberkesanan di medan pertempuran.

Dalam WDS edisi yang pertama kali diadakan itu, MoD menandatangani lima perjanjian dengan Industri Ketenteraan Arab Saudi (SAMI), dua daripadanya dimeterai dengan Angkatan Darat Diraja Saudi (RSLF) dan tiga lagi dengan Angkatan Laut Diraja Saudi (RSNF).

- Advertisement -

Perjanjian SR6 bilion dengan SAMI itu termasuklah menyediakan sistem komunikasi canggih, kenderaan berperisai, peluru dan sistem maritim.

Kontrak dengan SAMI telah ditandatangani oleh oleh Menteri Muda Pertahanan untuk Hal Ehwal Eksekutif Saudi, Dr Khaled Al-Biyari dan Ketua Pegawai Eksekutif SAMI Walid Abukhaled. Majlis menandatangani perjanjian itu turut dihadiri oleh Gabenor Pihak Berkuasa Am bagi Industri Ketenteraan (GAMI), Ahmed Al-Ohali.

Kementerian itu juga menandatangani kontrak SR1 bilion dengan Military Industries Corporation (MIC) untuk memperoleh sistem pertahanan, sokongan teknikal dan logistik, serta latihan untuk Tentera Udara Diraja Saudi (RSAF). Dr Al-Biyari dan Presiden MIC, Eng. Mohamed Al-Mady hadir bagi menandatangani kontrak berkenaan.

WDS 2022 selama empat hari, yang bermula pada 6 Mac di sini itu turut menyaksikan pemeteraian dua kontrak bernilai SR2 bilion antara MoD dan Raytheon untuk menyokong keupayaan pertahanan Tentera Udara Diraja Saudi (RSADF). Kontrak itu ditandatangani oleh Dr. Al-Biyari dan Ketua Eksekutif kumpulan Raytheon MENA, Dave Hanley.

MoD turut menandatangani kontrak SR1 bilion dengan Lockheed Martin Global Inc., yang akan membolehkan RSAF memperoleh sistem penderiaan, termasuk penyetempatan dan program pengekalan. Perjanjian itu ditandatangani oleh Dr. Al-Biyari dan Ketua Eksekutif Lockheed Martin untuk Lockheed Martin KSA dan Africa, BG (Bersara) Joseph Rank.

Kementerian itu juga menandatangani satu lagi kontrak SR 370 juta dengan Poly Technologies untuk mendapatkan sistem pertahanan udara untuk RSADF. Dr. Al-Biyari dan Presiden Poly Technologies, Huang Geming menandatangani perjanjian itu.

Kementerian berkenaan dalam pada itu menandatangani dua kontrak bernilai SR1.5 bilion dengan Thales International, sebuah syarikat Perancis, untuk Pasukan Pertahanan Udara Diraja Saudi (RSADF).

Kontrak tersebut membolehkan RSADF mendapatkan sistem pertahanan dan sokongan teknikal. Kontrak ini ditandatangani oleh Timbalan Menteri Pertahanan bagi Perolehan dan Persenjataan, Ibrahim bin Ahmed Al Suwayed dan Ketua Pegawai Eksekutif Thales Arab Saudi, Pascal Lesaulnier.

Kementerian itu juga menandatangani tiga kontrak bernilai SR250 juta untuk Tentera Udara Diraja Saudi (RSAF) dengan Advanced Electronics Company (AEC). Kontrak tersebut akan memanfaatkan RSAF dalam pembangunan selanjutnya, sokongan teknikal dan penyelenggaraan sistem latihan untuk simulator F15.

Al Suwayed dan Ketua Pegawai Eksekutif AEC, Eng. Ziad Al-Musallam menandatangani perjanjian tersebut.

MoD turut menandatangani dua kontrak bernilai SR400 juta dengan Syarikat Aksesori dan Komponen Pesawat (AAC) untuk menyediakan perkhidmatan rantaian bekalan kepada RSAF. Kontrak itu ditandatangani oleh Al Suwayed dan Ketua Pegawai Eksekutif AAC, Mazin Jawhar.

Kementerian menandatangani kontrak SR260 juta lagi dengan syarikat Switzerland Rheinmetall untuk menyediakan Angkatan Pertahanan Udara Diraja Saudi (RAFF) dengan perkhidmatan bekalan sokongan dan sokongan teknikal untuk sistem pertahanan udara. Perjanjian itu ditandatangani oleh Al Suwayed dan Naib Presiden Rheinmetall, Zeno Hurt.

Selain itu, MoD menandatangani empat kontrak bernilai SR100 juta untuk Royal Saudi Land Forces (RSLF) dengan National Company for Mechanical Systems (NCMS). Kontrak ini akan menyediakan RSLF dengan sistem elektro-optik terkini, termasuk perkhidmatan penyetempatan dan kemampanan.

Perjanjian itu ditandatangani oleh Pengarah Pentadbiran Am Projek di Kementerian Pertahanan Timbalan Perolehan dan Persenjataan, Khalid Al-Jawini dan Ketua Pegawai Eksekutif NCMS, Dr. Mohammad Al-Sahlawi.

Dr Khaled Al-Biyari (dua dari kiri) dalam sesi perbincangan yang diadakan di Pameran Pertahanan Dunia (WDS) 2022 di Riyadh, Arab Saudi pada 9 Mac 2022.

Akhirnya, kementerian itu menandatangani kontrak SR100 juta dengan Aerovision International untuk menyediakan perkhidmatan sokongan untuk pesawat B707. Perjanjian itu ditandatangani oleh Mej Jeneral Eng. Attiyah Al-Attiyah dan Ketua Pegawai Eksekutif Aerovision International, Ibrahim Al-Qahtani.

Pengumuman itu dibuat sebagai sebahagian daripada penyertaan MoD dalam Pameran Pertahanan Dunia (WDS) 2022 di Riyadh.

Terdahulu, pada hari ketiga WDS 2022, MoD mengumumkan pemeteraian 10 perjanjian bernilai lebih SR7 bilion.

Pada hari ketiga WDS itu, MoD telah menandatangani kontrak bernilai SR3 bilion dengan sebuah syarikat pertahanan Korea, Hanwha untuk Riyal Saudi Land Forces (RSLF) bagi menyokong keupayaan pertahanannya sebagai tambahan kepada penyetempatan dan perkhidmatan rantaian bekalan.

Kontrak berkenaan ditandatangani oleh Dr Al-Biyari dan Presiden Sektor Pertahanan di Hanwha, Retd Lt. Jeneral Yung Kwan.

MoD juga menandatangani tiga kontrak berbeza bernilai SR1.7 bilion dengan Alsalam Aerospace Industries untuk menyediakan perkhidmatan penyelenggaraan buat Tentera Udara Diraja Saudi (RSAF). 

Perjanjian berkenaan ditandatangani oleh Dr. Al-Biyari dan Ketua Pegawai Eksekutif Alsalam Aerospace Industries, Abdul Mohsen Junaid.

Kementerian itu juga menandatangani kontrak SR800 juta dengan Kumpulan Arab NAVAL untuk menyediakan Angkatan Tentera Laut Diraja Saudi (RSNF) dengan perkhidmatan sokongan teknikal kapal. 

Dr. Al-Biyari dan Ketua Pegawai Eksekutif NAVAL, Didier Fouilly hadir menandatangani kontrak tersebut.

Di samping itu, MoD menandatangani perjanjian SR400 juta dengan GDC Timur Tengah untuk menyediakan sokongan teknikal bagi pesawat C130 bagi Tentera Udara Diraja Saudi (RSAF). 

Kontrak berkenaan ditandatangani oleh Timbalan Menteri Pertahanan bagi Perolehan dan Persenjataan  Saudi, Ibrahim bin Ahmed Al Suwayed dan Ketua Pegawai Eksekutif GDC Timur Tengah, Eng. Muneer Bakhsh.

Selain itu, perjanjian bernilai lebih SR430 juta telah ditandatangani dengan Norinco, sebuah syarikat China, untuk mendapatkan pelbagai jenis peluru untuk Direktorat Am Senjata dan Peluru. Al Suwayed dan Naib Presiden Norinco, Sho Hong Yo menandatangani perjanjian itu.

Kontrak yang dimeterai dengan syarikat tempatan dan antarabangsa pada Pameran Pertahanan Dunia (WDS) 2022 di Riyadh menggambarkan misi dan visi kerajaan Saudi yang berusaha meningkatkan keupayaan pertahanan ketenteraan negara itu.

Kementerian berkenaan juga menandatangani kontrak SR460 juta dengan Poongsan Corporation untuk mendapatkan pelbagai jenis peluru bagi Direktorat Am Senjata dan Peluru. Perjanjian itu ditandatangani oleh Al Suwayed dan Pengarah Urusan Poongsan Corp., Geun-Woo Park.

Akhirnya, MoD juga menandatangani kontrak SR250 juta dengan LIG NiX1, sebuah syarikat pertahanan Korea, untuk Pasukan Tentera Laut Diraja Saudi (RSNF) mendapatkan sistem pertahanan elektro-optik. 

Kontrak itu ditandatangani oleh Al Suwayed dan Ketua Perniagaan Antarabangsa LIG NIX1, Seon Hu Lee di hadapan Pengerusi syarikat berkenaan, Sang Ku.

“Kesemua kontrak ini ditandatangani mengikut arahan Putera Mahkota Mohammad bin Salman, yang juga Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan Saudi, dan Naib Menteri Putera Khalid bin Salman  untuk meningkatkan persediaan pasukan, mengekalkan sistem pertahanan dan menyetempatkan pembuatan ketenteraan,” kata Dr. Al- Biyari.

Beliau menambah bahawa kontrak dengan syarikat tempatan dan antarabangsa itu mewakili visi bercita-cita tinggi kepimpinan kerajaan Saudi, yang berusaha untuk menyokong dan meningkatkan keupayaan angkatan tentera negara itu, membangunkan keupayaan, meningkatkan kecekapan dan kesediaannya, dengan fokus pada penyetempatan industri ketenteraan sama ada dalam pembuatan sistem atau sokongan mereka. – Saudi Press Agency

- Advertisement -