
PERIKATAN Nasional (PN) muncul sebagai alternatif dalam suasana politik negara yang bercelaru dan serba tidak menentu.
Ketika Pakatan Harapan (PH) berhadapan defisit keyakinan, PN datang membetulkan keadaan, menerajui negara dengan cermat serta menggalas tanggungjawab menghadapi ancaman besar sektor kesihatan.
Pentadbiran kerajaan diambil alih oleh pihak yang tepat dan pada masa yang sesuai. Strategi mitigasi dan adaptasi diatur untuk memimpin negara keluar daripada pandemik COVID-19.
Pelbagai pakej survival dan rangsangan ekonomi disalurkan kepada rakyat ketika dunia dilanda kemelut sektor kesihatan terburuk abad ini.
Hari ini negara berada dalam fasa transisi ke era endemik setelah sekian lama bertahan.
Kadar vaksinasi yang tinggi, prospek pemulihan ekonomi serta kestabilan politik yang dibentuk mengharungi tempoh yang sukar.
PN telah menjalankan tanggungjawabnya dengan penuh amanah, dedikasi dan berintegriti tinggi.
Kepercayaan rakyat dan keprihatinan sebuah kerajaan bakal menghadirkan kejayaan kepada negara. Ia adalah suatu prinsip yang telah diterjemahkan dalam bahasa realiti.
Saya yakin inilah acuan pentadbiran dan pemerintahan yang menjadi impian setiap rakyat di Negeri Johor. Ya, ia jua adalah tekad PN di Johor.
Teladan dari Nabi Allah Syuaib A.S:
إِنۡ أُرِیدُ إِلَّا ٱلۡإِصۡلَـٰحَ مَا ٱسۡتَطَعۡتُۚ وَمَا تَوۡفِیقِیۤ إِلَّا بِٱللَّهِۚ عَلَیۡهِ تَوَكَّلۡتُ وَإِلَیۡهِ أُنِیبُ }
“Aku hanya bertujuan hendak memperbaiki sedaya upayaku, tiadalah aku akan beroleh taufiq untuk menjayakannya melainkan dengan pertolongan Allah. Kepada Allah jualah aku berserah diri dan kepada-Nyalah aku kembali.”
[Hud: 88]
YB SENATOR DATO’ USTAZ AHMAD YAHAYA
Ketua Ulamak
Dewan Ulamak PAS Pusat – HARAKAHDAILY 8/3/2022




















