
KYIV: Tentera Rusia akan mengadakan genjatan senjata bagi membuka koridor kemanusiaan di beberapa bandar Ukraine termasuk ibu kota Kyiv pada 1000 waktu Moscow (0700 GMT) pada hari Isnin (7 Mac).
- Advertisement -
Agensi berita Interfax memetik kementerian pertahanan Rusia sebagai berkata, koridor itu, yang juga akan dibuka dari bandar Kharkiv, Mariupol dan Sumy, sedang dibina atas permintaan peribadi Presiden Perancis, Emmanuel Macron dan memandangkan keadaan semasa di bandar-bandar tersebut.
Beberapa bandar Ukraine telah melaporkan kematian dan kerosakan yang meluas ketika kedua-dua pihak bersedia untuk rundingan damai pusingan ketiga, dijangka pada hari ini. – Agensi




















