Arab Saudi hasilkan dron buatan tempatan

Ketua Pegawai Eksekutif Industri Tentera Arab Saudi (SAMI), Walid Abukhaled mengumumkan dron buatan negara itu akan digunakan oleh angkatan bersenjata Saudi.
- Advertisement -

RIYADH: Arab Saudi bakal muncul dengan dron buatan tempatan melalui kerjasama Industri Tentera Arab Saudi (SAMI) dengan Pihak Berkuasa Am bagi Industri Tentera (GAMI).

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SAMI, Walid Abukhaled dalam kenyataan melalui TV Al-Ekhbariya pada Ahad (7 Mac) berkata, dron berkenaan akan digunakan oleh angkatan bersenjata Saudi.

- Advertisement -

“SAMI dengan kerjasama GAMI sedang berusaha untuk menubuhkan kilang peluru terbesar di dunia dan menyetempatkan industri pertahanan,” ujarnya.

Pada Oktober 2021, GAMI menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU)  dengan SAMI bagi membangunkan projek untuk penghasilan dron buatan yang dikenali sebagai Sky Guardian. 

Perjanjian itu bertujuan untuk membina asas teknologi inovatif yang terkemuka di peringkat serantau dan global dengan membangunkan, mengeluarkan dan menyetempatkan sistem dron, menurut kenyataan yang dikeluarkan. 

Ia bermatlamat  untuk menghasilkan produk nasional yang selaras bagi membantu mencapai matlamat utama untuk menyetempatkan lebih daripada 50 peratus pembelian peralatan dan perkhidmatan ketenteraan kerajaan Saudi menjelang tahun 2023.

SAMI telah menetapkan sasarannya untuk mempercepatkan transformasinya untuk menjadi salah satu daripada 25 syarikat pertahanan dan keselamatan terbaik di dunia menjelang 2030.

SAMI telah menetapkan sasaran dalam mempercepatkan transformasinya untuk menjadi salah satu daripada 25 syarikat pertahanan dan keselamatan terbaik di dunia menjelang tahun 2030.

Tahun 2021 merupakan medan SAMI membuktikan ia telah mengalami pertumbuhan yang ketara yang membantu syarikat membuat pencapaian penting dari segi kemajuan dan pengembangannya.

Kejayaan menyiapkan projek Al-Sarawat yang melibatkan lima korvet Avante 2200 baharu untuk Tentera Laut Diraja Saudi adalah antara pencapaian luar biasa SAMI pada tahun 2021.

Perolehan tahunan syarikat itu mencatatkan peningkatan sebanyak 2,407 peratus untuk mencapai keuntungan mencecah SR2.6 bilion, dan kontrak serta tunggakan melebihi SR10 bilion dengan komitmen penyetempatan sebanyak 57.7 peratus diluluskan oleh GAMI.

Dalam perkembangan utama lain yang menandakan pertumbuhan belum pernah terjadi sebelumnya,  SAMI pada tahun lepas memperoleh pendapatan mencecah SR130 juta daripada pengurusan kecairan, pinjaman dalam kumpulan dan pembiayaan perdagangan projek, dan meningkatkan jumlah pekerjanya sebanyak 633 peratus kepada mencapai 2,500 orang daripada 341 orang pada 2020. – Saudi Gazette

- Advertisement -