Oghe Ppasir Mah, Ratapanje dan Kkale Kubur ucap terima kasih

Tulisan dalam dialek Kelantan

- Advertisement -

PETANG kemarin Abe rasa puas hati. Ustaz Fadhli Shaari dan YB Kak Lah berjaya wak turun YAB PM Ismail Sabri Yaakob ‘main air’ banjir di Gelang Mas. Main bukan sebarang main deh. Tapi sekali nga umum bantuan pada rakyat jelata.

- Advertisement -

Benda laguni cukup melegakan jiwo ore kampung. Sebab butir buah hak PM sebut tu, diharap dapat meringankan beban anak beranak kita alik ni. Hak ditimpa bencana musiboh. Peruntukan dan caro masa depan nak pelerai lagumana masalah banjir tigo daerah hak mengalirnya Sungai Golok.

Katanya PM, fasa pertama projek sudah diluluskan dengan kos lebih RM600 juto dan loloni Kementerian Alam Sekitar dan Air (Kasa) tengah mengemukakan cadangan untuk fasa keduo.

Fasa keduo projek pulak adalah untuk penyelesaian keseluruhan yang berjumlah RM1.3 bilion dan perkara ni adik kakok sedang diteliti untuk mendapatkan pitis bajet. Lega Abe berasa. 

Jabatan Pergairan dan Saliran (JPS) diminta menghantar kelengkapan untuk mempercepatkan proses pam air banjir ke Sungai Golok. Tapi kalu paras Sungai Golok masih tinggi kita tidak dapat lakukan. Kito kena tunggu.

Dalam cerito sama Menteri Kasa pulak memaklumkan, perkembangan Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Golok (Kesban) Fasa 1 dijangka siap dalam tempoh terdekat.

Puak dia dalam proses menyiapkan fasa 1 projek Kesban, iaitu kita buat tembok untuk menghalang air daripada Sungai Golok yang biasanya menyebabkan berlaku banjir besar. Fasa 1 Kesban dalam proses dan jangka siap tahun depan doh. 

Ok Abe sebut pulak fasa 2 deh, kita ada dua projek besar yang mana melibatkan lebih kurang RM265 juta untuk bina ‘flood wall’ bagi mencegah banjir di bandar Rantau Panjang. Yang kedua, pembinaan benteng bagi fasa 2, bagi melengkapkan pakej Kesban fasa 2.

Banjir trek ni bukan kita alik Malay sajo keno deh. Tapi puak alik Siam nu pun kena jugak. Habis 5 wilayah selam ghaib. Dan dengan keliknya PM ke Kelate kemarin, maka insyallah akan lesai masalah ni koho-koho. Hak viral pakcik tua paka kain sarung sikat duk mengepek tepi air banjir tu beres dah lah. Jangan kata MB, TMB ni pakcik, tapi gak PM terus mari kemarin nak pelesai masalah pakcik, masalah kita semua! Dekeneh?

ABE MUJAHID AMAR – HARAKAHDAILY 3/3/2022

- Advertisement -