Kementerian Haji dan Umrah Saudi batalkan visa tuan rumah umrah

- Advertisement -

RIYADH: Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi mengumumkan telah membatalkan visa tuan rumah umrah, dengan menyatakan bahawa pihaknya akan mengumumkan melalui saluran rasmi jika terdapat sebarang perkembangan mengenai perkara itu.

Pengumuman pembatalan visa tersebut dibuat pada Rabu (23 Feb) sebagai jawapan kepada pertanyaan orang ramai berhubung hal berkenaan.

- Advertisement -

Selain itu, platform Absher mengesahkan tidak mungkin mengeluarkan visa tuan rumah umrah melalui platform tersebut, dan meminta orang ramai untuk berkomunikasi dengan Kementerian Haji dan Umrah Saudi mengenai isu berkenaan.

Terdahulu, Kementerian berkenaan menyatakan bahawa visa tuan rumah umrah adalah tertakluk kepada piawaian dan keperluan yang mengawalnya. 

Kementerian yang sama juga mengesahkan visa tuan rumah umrah juga  tidak akan dilaksanakan dan tiada masa khusus untuk pengaktifannya semula.

Visa tuan rumah umrah sebelum ini telah membenarkan rakyat dan penduduk menjadi tuan rumah jemaah dari luar Arab Saudi, mengikut peraturan tertentu, dan membolehkan mereka membawa dan menjadi tuan rumah kepada 3 hingga 5 orang jemaah.

Visa berkenaan pernah dikeluarkan melalui pendaftaran status sivil untuk warganegara, dan melalui pemastautin untuk penduduk. – Saudi Gazette

- Advertisement -