
KUALA LUMPUR: Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz memberi penjelasan berhubung laporan yang diberikan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Katanya, ia adalah sebuah laporan yang diberikan kepada sekretariat Majlis Pemulihan Negara (MPN), seperti mana laporan-laporan lain yang diberikan kepada rakan-rakan Kabinet tidak mengira daripada mana-mana parti.
“Sebagai Pengerusi MPN, beliau memerlukan laporan-laporan tersebut untuk mengambil keputusan yang tepat dalam membantu Perdana Menteri membawa Malaysia ke arah pemulihan pasca-Covid,” ujarnya dalam hantaran di laman Facebook beliau, hari ini.
Berikut penjelasan beliau.
MERUJUK kepada sebuah laporan yang saya sampaikan kepada YB Tan Sri Muhyiddin, saya terpanggil untuk jelaskan. Ia adalah sebuah laporan yang diberikan kepada sekretariat Majlis Pemulihan Negara, seperti mana laporan-laporan lain yang diberikan rakan-rakan kabinet saya tidak kira dari mana-mana parti. Sebagai Pengerusi MPN, beliau memerlukan laporan-laporan tersebut untuk mengambil keputusan yang tepat dalam membantu Perdana Menteri membawa Malaysia ke arah pemulihan pasca-Covid.
Malahan, fakta-fakta ekonomi yang ada di dalam laporan tersebut merupakan fakta yang telah saya sebut berulang kali kepada Kabinet dan sesiapa sahaja orang awam. Saya tidak pernah sorok, baik melalui kenyataan media, ulasan saya dalam forum-forum, jawapan-jawapan parlimen dan laporan-laporan agensi seperti Bank Negara, Jabatan Statistik dan sebagainya.
Sebab tu sejak tahun lepas, kita dah cakap mengenai Akta Tanggungjawab Fiskal, untuk mengelakkan isu-isu seperti 1MDB, SSER dan sebagainya dari berlaku lagi.
Kerajaan perkenal Akta Tanggungjawab Fiskal
https://www.utusan.com.my/…/kerajaan-perkenal-akta…/
Saya pun dah terangkan dengan jelas melalui artikel saya yang diterbitkan oleh beberapa media tempatan pada 5 Februari 2022:
Pembaharuan fiskal lindungi masa depan negara, rakyat:
https://www.bharian.com.my/…/pembaharuan-fiskal…
Utopia or dystopia: Which shall our children inherit?
https://www.malaymail.com/…/utopia-or-dystopia…/2039506
Umum tahu keadaan ekonomi negara buat masa ini, terutamanya selepas kesan negatif yang dibawa oleh Covid. Namun seperti yang saya sebut, fokus utama kita sekarang adalah untuk memacu pemulihan negara agar rakyat dapat kembali hidup dengan selesa. Menjana pekerjaan, membawa pelaburan, membantu perniagaan adalah antara banyak strategi yang telah kita rancang untuk memacu pemulihan ini melalui dua tunggak utama: JaminKerja dan SemarakNiaga dalam Bajet 2022: https://budget.mof.gov.my/manfaat/
Saya berharap kita dapat terus memberi keutamaan yang paling penting kepada pemulihan ekonomi untuk rakyat. Kita berada di atas landasan yang betul di mana aktiviti ekonomi, baik dari perspektif makro, perniagaaan atau individu sedang beransur pulih dengan pantas berdasarkan indikator-indikator seperti pasaran kerja dan sebagainya. Saya yakin kita dapat pulih mengikut perancangan dan menjana ekonomi sekali gus terus membawa keyakinan kepada pelabur untuk terus datang ke Malaysia. – HARAKAHDAILY 20/2/2022




















