Roket SpaceX berjaya lancar satelit pengintip AS

- Advertisement -

WASHINGTON: Amerika Syarikat berjaya melancarkan satelit pengintip terbaharunya ke orbit bumi di atas roket SpaceX Falcon 9.

Pejabat Peninjau Kebangsaan (NRO), yang bertanggungjawab ke atas Angkatan Angkasa AS, dalam satu kenyataannya pada Rabu (2 Feb) berkata, roket berkenaan telah berlepas pada jam 12.27 tengah hari waktu tempatan dari pangkalan Tentera Udara Vandenberg di California.

- Advertisement -

“Selepas melepaskan satelit yang dikenali sebagai NROL-87 ke orbit bumi, SpaceX Falcon 9 kemudian mendarat semula di pangkalan.

“NROL-87 direka, dibina dan dikendalikan oleh NRO untuk merealisasikan  ‘misi peninjauan masa depan’,” ujar kenyataan tersebut.

NRO memberikan beberapa butiran lain tentang satelit itu tetapi berkata ia akan ‘menyediakan pelbagai maklumat perisikan tepat pada masanya’.

Sebagai salah satu unit di bahagian Jabatan Pertahanan AS, NRO mengendalikan rangkaian besar satelit pengawasan dengan ibu pejabatnya terletak di Washington.

NROL-87 merupakan satelit pertama yang dilancarkan oleh NRO pada tahun ini yang merupakan kali ketiga sejak  agensi itu menggunakan roket SpaceX Falcon 9. Sejak dua tahun lalu, NRO  telah melancarkan 16 satelit lain ke orbit bumi. – AFP

- Advertisement -