Iraq: Pangkalan tentera AS diserang dron

Sisa serpihan dron dirakam di Lapangan Terbang Baghdad di Baghdad, Iraq pada 3 Januari 2022. (FOTO Reuters)
- Advertisement -

BAGHDAD: Dua dron bersenjata ditembak jatuh pada Isnin (3 Jan) ketika objek itu menghampiri pangkalan tentera Iraq yang menempatkan tentera Amerika Syarikat (AS) berhampiran lapangan terbang antarabangsa di sini.

Sumber keselamatan Iraq bagaimanapun berkata, tiada sebarang kemalangan jiwa berlaku dalam insiden berkenaan.

- Advertisement -

Menurut seorang pegawai gabungan tentera antarabangsa diketuai AS yang ditempatkan di lokasi kejadian menegaskan, sistem pertahanan AS pangkalan itu menggunakan dua dron berani mati untuk menembak jatuh dua dron yang menghampiri pangkalan tentera AS berkenaan. 

“Ini adalah serangan berbahaya ke atas lapangan terbang awam,” dakwa pegawai AS berkenaan dalam satu kenyataan ringkas.

Walau bagaimanapun, sehingga kini tiada sebarang pihak mengaku bertanggungjawab terhadap serangan  dron tersebut.

Serangan itu berlaku ketika Iran semalam meraikan ulang tahun kedua pembunuhan Jeneral Iran terkenal, Qasem Soleimani yang terbunuh dalam serangan dron maut yang didakwa diarahkan oleh bekas Presiden AS, Donald Trump berhampiran Lapangan Terbang Baghdad pada 3 januari 2020. – Reuters

- Advertisement -