Banjir: Misi Kuala Krai Balas Budi 2014 ke Hulu Langat

- Advertisement -

KUALA KRAI: Ahli Parlimen Kuala Krai, Ustaz Abdul Latiff Abdul Rahman diberi penghormatan oleh pasukan Misi Bantuan Pasca Banjir Ke Selangor-Kuala Krai Balas Budi 2014 untuk membuat perlepasan bersama Ketua Polis Daerah, Supt Suzaimi Mohamad di Dataran Chintawangsa, di sini.

Turut hadir ialah Adun Manek Urai, Mohd Fauzi Abdullah dan Adun Dabong, Ku Mohd Zaki Ku Hussin manakala Adun Guchil, Hilmi Abdullah bersama rombongan ke Selangor.

- Advertisement -

Team Baracudda, Task Force Kuala Krai dan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) lain disertai oleh 70 kenderaan pacuan empat roda dan sepuluh buah lori sarat dengan barangan bantuan telah bertolak dari Kuala Krai sekitar jam 5.30 petang tadi menuju ke Hulu Langat dan akan berpusat di Sekolah Kebangsaan Sungai Lui.

Abdul Latiff merakamkan ucapan terima kasih atas inisiatif yang cukup bermakna itu.

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada para dermawan yang telah memberikan pelbagai sumbangan.

Dalam ucapan ringkas pada majlis itu, beliau memetik sepotong hadis Nabi SAW yang bermaksud: “Siapa yang menyelesaikan kesulitan seorang mukmin dari berbagai kesulitan-kesulitan dunia, nescaya Allah akan memudahkan kesulitan-kesulitannya di Hari Kiamat”.

“Kita doakan semoga rombongan ini selamat pergi dan balik dan dapat menyampaikan bantuan dengan sempurna bagi pihak warga Kuala Krai yang prihatin,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 23/12/2021

- Advertisement -