Adun lompat parti akhirnya mewakili PH

- Advertisement -

SALMAH MAT HUSAIN | FOTO RIZAL TAHIR

KUALA NERUS:
Semua calon Perikatan Nasional (PN) daripada PAS yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka akan berbaiah terlebih dahulu.

Timbalan Presiden PAS, Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, pada masa yang sama mereka juga istiqamah dan tidak keluar parti kerana PAS konsisten terhadap usahanya berhubung isu lompat parti.

- Advertisement -

“Tidak sebagaimana Pakatan Harapan (PH) yang bercakap kononnya menentang agenda lompat parti, tetapi tiba-tiba di Melaka boleh pula terima ahli dari parti lain menyertai mereka,” ujarnya di sini semalam.

Menurutnya juga masalah yang berlaku di Melaka berpunca daripada Adun yang melompat parti.

“Jadi rakyat di Melaka boleh tengok dan nilai sendiri siapa yang buat masalah kepada mereka,” ujarnya.

Bekas Adun kerajaan yang melompat parti dibenarkan bertanding mewakili PH termasuk Dato’ Idris Haron.

Sementara itu Tuan Ibrahim turut mengumumkan Muktamar Tahunan PAS kali ke-68 tahun hadapan akan diadakan di Kedah Darul Aman memandangkan muktamar tahun ini berjalan harmoni.

“Jawatan Naib Presiden kekal kepada yang lama. Kita juga turut menyaksikan enam muka baru dalam Jawatankuasa Kerja PAS Pusat,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 8/11/2021

- Advertisement -