Pemuda PAS letak sasaran mendepani PRU16

- Advertisement -


Oleh MUHAMMAD ARIF ISMAIL

PORT DICKSON: Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM), Ahmad Fadhli Shaari, menggariskan dua agenda utama bagi memperkasakan sayap kanan PAS itu.

Antara langkah yang bakal dilaksanakan sepanjang tempoh dua tahun ini, iaitu kesatuan pemuda serta kepimpinan secara kolektif bagi menghadapi pilihan raya.

- Advertisement -

Menurutnya, Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) merupakan batu loncatan kepada PAS untuk terus berjaya pada pilihan raya akan datang.

“Sasaran kita kena bergerak kepada PRU16 kerana PRU15 merupakan pintu masuk sebenar selepas kita menjadi sebahagian besar daripada kerajaan yang didukung PAS.

“Sekiranya kita menang dalam dua pilihan raya akan datang, barulah kita dapat menunjukkan potensi sebenar. Maka isu utama bagi menghadapi PRU15, undi 18 yang sangat kritikal sekarang,” katanya pada ucapan penangguhan di Muktamar DPPM di Corus Paradise Resort di sini, hari ini.

Ahmad Fadhli yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas berkata, pelantikan tersebut merupakan amanah yang cukup besar dan mengalu-alukan sebarang teguran.

Lebih-lebih lagi menurutnya, mengantikan Senator Ir Khairil Nizam Khirudin yang merupakan seorang pemimpin yang berwibawa serta berpandangan jauh dalam politik tanah air.

“Satu perkara yang sangat sukar, ambil alih jawatan, cukuplah untuk saya meneruskan momentum yang ada dengan ucaptama yang telah digariskan untuk kita meneruskan perjalanan DPPM.

“Kalau itu pun sudah kita berjaya buat, Alhamdulillah, dan saya tidak terasa layak untuk berada lama di posisi ini kerana pengiliran kepimpinan lumrah dalam DPPM,” katanya. – HARAKAHDAILY 31/10/21

- Advertisement -