PAS rakam takziah kepada keluarga Oğuzhan Asiltürk

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mewakili parti itu merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Oğuzhan Asiltürk yang telah kembali ke rahmatullah hari ini.

“Pemergian beliau merupakan suatu kehilangan yang amat besar buat dunia Islam khususnya Turki kerana jasa beliau dalam arena politik Turki serta penglibatannya sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat Tinggi Parti Saadet,” ujarnya menerusi laman Facebook beliau, malam ini.

- Advertisement -

Menurutnya, Almarhum dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat Tinggi selepas pemergian Necmettin Erbakan.

Tambahnya, Almarhum juga pernah memegang jawatan sebagai Menteri Dalam Negeri dan Industri dan Teknologi dalam pemerintahan gabungan antara Parti Rakyat Republik (CHP) dan Parti Keselamatan Nasional (MSP).

“Semoga Allah mencucuri rahmat kepada almarhum, diterima amal soleh, diampunkan segala dosanya dan ditempatkan dalam kalangan para solihin,” ujarnya lagi. – HARAKAHDAILY 1/10/2021

- Advertisement -