Netizen luah sedih dengar ucapan akhir PM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Ternyata ucapan terakhir Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin diiringi suasana sebak dan pilu jutaan rakyat Malaysia.

Siaran ucapan perdana menteri bermula jam 3 petang tadi disambut netizen dengan meluahkan perasaan sedih sehingga ada yang meluah menangis mendengar ucapan tersebut.

Paling ramai merakamkan ucapan terima kasih ‘Abah’ di atas segala pengorbanan kerajaan Perikatan Nasional (PN) membantu rakyat mengharungi badai pandemik Covid-19 yang melanda sekarang.

- Advertisement -

Suasana itu jauh berbeza ketika Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan meletak jawatan juga sebagai perdana menteri pada akhir Februari 2020.

Pada perutusan khas itu Muhyiddin rakyat kekal bertenang dan mengharap Yang di-Pertuan Agong dapat memilih perdana menteri baru selaras dengan kehendak perlembagaan.

Ucapan perdana menteri hampir setengah sejam itu memperlihatkan sifat tenangnya biarpun berdepan dengan gelombang politik yang begitu ‘ganas’ kerana ada pihak mahu mencapai impian politik.

Biarpun berbaul dengan nada sebak, namun Muhyiddin reda menerima segala ketentuan Ilahi setelah usahanya bersama jemaah kabinet mempertahankan kerajaan Perikatan Nasional (PN) tidak berjaya.

“Saya telah berusaha untuk mempertahankan kerajaan bagi membolehkan mengatasi pandemik Covid-19, namun ada pihak yang tamak kuasa.

“Saya jelas tidak kompromi dengan pihak kleptokrat. Saya masih ingat kira-kira lima tahun lalu saya dipecat daripada jawatan timbalan perdana menteri kerana mempersoalkan isu 1MDB,” katanya pada perutusan khas perdana menteri yang disiarkan secara langsung melalui RTM.

Menurutnya juga kerajaan memperuntukkan sebanyak RM4.36 bilion bagi menempah vaksin Covid-19 untuk kegunaan rakyat negara ini. – HARAKAHDAILY 16/8/2021

- Advertisement -