PAS rakam takziah kepada keluarga Almarhum Ustaz Rizuan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: PAS merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Almarhum Ustaz Rizuan Rahmat, Ketua Dewan Ulamak PAS Negeri Selangor yang telah kembali ke rahmatullah sekitar di Hospital Sungai Buloh, sekitar jam 4 petang tadi.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Kamaruzaman Mohamad berkata, Almarhum Ustaz Rizuan merupakan Ketua Dewan Ulamak PAS Negeri Selangor selama dua penggal, Penolong Setiausaha 2 Pertubuhan Muafakat Pondok Se-Malaysia (PMPS) dan Exco NGO Geng Ustaz.

- Advertisement -

Menurutnya, Almarhum Ustaz Rizuan telah menghabiskan usianya untuk melahirkan generasi al-Quran dengan mengasaskan Pusat Pengajian Islam dan Tahfiz Quran serta menjadi mudir Tahfiz Ar-Ridhuan, Selangor.

Tambahnya, terlalu banyak jasa dan ilmu yang dicurahkan oleh Almarhum kepada masyarakat sama ada di masjid, surau dan pusat pengajian sehingga akhlaknya disenangi oleh sesiapa sahaja yang mengenali Almarhum.

“Kehilangan Almarhum merupakan kehilangan besar buat jemaah secara amnya dan PAS Selangor khususnya.

“Didoakan semoga Almarhum diberi keampunan dan rahmat serta ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman dan beramal soleh,” ujarnya dalam satu kenyataan, petang ini. – HARAKAHDAILY 29/6/2021

- Advertisement -