
KUALA LUMPUR: Berikut adalah penafian berita tular dalam media sosial oleh agensi yang bertanggungjawab, melalui kenyataan media Pasukan Respons Pantas Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) setakat 10.30 malam ini.
- Advertisement -
Kementerian Kesihatan (KKM) menafikan kesahihan mesej pada aplikasi WhatsApp yang mendakwa terdapat 94 kes positif Covid-19 berpunca daripada gerai jualan durian di Ulu Yam, Batang Kali, Selangor menghala utara dan Genting Highlands semasa pembeli memilih durian, di samping jangkitan Varian Delta Covid-19 sepantas 14 saat seperti yang tular di media sosial.
KKM menasihati orang ramai agar menghentikan penyebaran maklumat yang tidak sahih yang boleh mencetuskan kebimbangan dalam kalangan masyarakat. – BERNAMA




















