Perang Zionis ke atas Malaysia

- Advertisement -

SUDAH menjadi rahsia terbuka Open Society Institute (OSI) dengan Program Malaysia yang didanai George Soros, lelaki yang pernah dilabel Tun Mahathir sebagai penyangak mata wang yang dituduh bertanggungjawab membankrapkan beberapa politi di Asia Tenggara mempunyai ‘personal interest’ untuk menjatuhkan sebuah ‘Malay government’ pimpinan Barisan Nasional dengan kemenangan pihak pembangkang.

Hal ini didedahkan oleh DC Leaks pada 2016 apabila beberapa dokumen rahsia berkaitan Open Society Foundation (Nama baharu OSI) yang juga membabitkan sebilangan organisasi tempatan seperti BERSIH, the Bar Council, Merdeka Center dan MalaysiaKini tersebar ke seluruh dunia.

Menurut laporan South China Morning Post, OSF dituduh cuba bermain dalang dalam pilihan raya 2018, dan dokumen tersebut merekodkan kejayaan mereka ‘mendekati’ ratusan ribu anak-anak muda Malaysia sambil ‘mengaku’ terlalu mesra pembangkang.

- Advertisement -

OSF dalam kenyataan balasnya pada tahun yang sama mendedahkan telah mendanai beberapa pertubuhan bukan kerajaan tempatan selama 10 tahun lama dengan dana sebanyak USD700,000.00 setahun.

Tentulah bukan satu kebetulan apabila 2018 menyaksikan Barisan Nasional yang dipimpin Umno jatuh tersungkur sehinggakan parti Gerakan dan lapan parti komponen lain dari Sabah dan Sarawak memutuskan untuk keluar daripada gabungan itu. Malah parti ‘Abang Long’ Melayu itu juga pernah diugut parti komponen MCA bakal ditendang keluar BN.

Dua bulan sejurus tertubuhnya Kerajaan DAP-PH, dalam satu acara Centre for Strategic International Studies di Washington DC, Mark Twinning, Presiden kepada International Republican Institute (IRI) dengan bangganya, mendabik dada bahawa kerja keras 15 tahun mereka melalui pendanaan NED (National Endowment for Democracy) berbalas dan berjaya mendatangkan hasil, apabila Umno dan Barisan Nasional yang digambarkan sebagai serba ‘tidak telus’ dalam mengekalkan kuasa pemerintahan, akhirnya rebah ‘setelah 61 tahun memerintah Malaysia’ sejak negara mencapai kemerdekaan daripada penjajah.

Melihat kepada kesungguhan dan istiqamah Zionis sedunia menjalankan kerja ‘perang’ ke atas Malaysia, sudah tentulah seruan terbuka yang dibuat penjajah-teroris Zionis Israel apabila mengarahkan supaya operatif Mossad menyerang kepentingan ‘Hamas’ di beberapa negara termasuk Malaysia perlu diambil perhatian serius tahap bersiap-siaga. Zionis dan ejen-ejennya di Malaysia harus disiasat sepenuhnya.

Tidak keterlaluan jika kita berusaha keras mengekang ‘duri dalam daging’ dan ‘api dalam sekam’ seperti yang dibuat oleh Rusia dengan mengharamkan OSF atas isu keselamatan. Tentunya rakyat Malaysia masih ingat akan pembunuhan kejam 10 das tembakan pensyarah Universiti Kuala Lumpur British Malaysian Institute (UniKL BMI), Dr Fadi M R Albatsh Fatma, 35, yang dikatakan didalangi Mossad pada tahun 2018. 

Modus Operandi yang sama digunakan pada 2010 dalam pembunuhan tokoh Hamas Mahmoud Al Mabhouh di sebuah hotel mewah di Dubai, Emiriyah Arab Bersatu dengan menggunakan pasport Britain, Ireland, Jerman dan Perancis.

‘Deklarasi Perang’ seperti itu di tanah air kita harus dikekang daripada terus berlaku. Warga Malaysia dan warga dunia yang berada di Malaysia secara aman damai dan berharmoni dengan undang-undang negara kita dan tidak berseteru dengan Malaysia, harus dilindungi dan dipelihara kemaslahatan jiwa raga mereka.

Jangan sekali-kali dilupakan bahawa amaran ini datang daripada sebuah entiti haram yang keberadaannya selama puluhan tahun lama berdiri atas pembunuhan ratusan ribu nyawa termasuk orang tua, wanita dan kanak-kanak tanpa sekelumit rasa peri-kemanusiaan dan kesengsaraan jutaan jiwa lain yang kehilangan ahli keluarga, harta benda, tempat tinggal dan tanah air.

Seperti apa yang sedang berlaku di Semenanjung Gaza kini, Zionis Israel juga terbukti tidak akan teragak-agak menyerang bangunan kediaman awam dan pejabat media Antarabangsa seperti Al Jazeera dan Associated Press, atas syak ianya berkaitan dengan pengganas.

Amerika Syarikat, negara sponsor Zionis Israel, dalam program perang ke atas keganasan yang dijalankannya juga bergerak atas syak bahawa sesuatu entiti itu pengganas atau berkaitan dengan pengganas, cukup untuk menghalalkan tindakan yang bakal diambil. Atas alasan tersebut mana-mana akaun bank pertubuhan bukan kerajaan Palestin atau dunia yang dianggap berkaitan dengan Hamas contohnya dengan mudah dibeku dengan serta-merta. 

Amerika Syarikat juga pakar dalam program tidak berperikemanusiaan seperti ‘Extraordinary Rendition’ yang terbukti telah menangkap sesiapa saja atas syak pengganas dan dihantar ke penjara-penjara rahsia beberapa negara di seluruh dunia yang bersekongkol dengannya.

Lelaki warga Mauritania, pengarang ‘Guantanamo Diary’, Mohamedou Ould Slahi meringkuk selama 14 tahun di Guatanamo Bay dan teruk diseksa hanya kerana disyaki pengganas. Tiada dakwaan atau bukti yang dapat menyabitkan beliau ke atas tuduhan tidak berasas ‘Polis Dunia’ dan aparatnya CIA terhadap pemuda Muslim tersebut!

Masakan kita boleh lupa bagaimana Iraq menjadi ‘padang jarak, padang terkukur’ dek serangan unilateral Uncle Sam atas alasan dan penipuan bahawa negara itu mempunyai sejumlah ‘weapon of mass destruction’ (WMD). Natijahnya sehingga kini Iraq masih lagi gagal bangun apatah lagi dengan beberapa siri perang sektarian di kalangan warganya dan WMD masih lagi belum ditemui!

Usai menonton filem dokumentari aktivis media legendaris John Pilger, ‘The Coming War On China’ dan melihat bagaimana New Zealand dibuli Barat yang memilih untuk tidak terlibat dalam retorik gila perang pakatan mereka terhadap China, ultimatum ‘war monger’ Presiden George W. Bush ‘You’re either with us or against us’ kembali menghantui fikiran.

Apakah pendirian tidak mahu memihak Malaysia dalam konflik Indo Pasifik kelak bakal dijadikan alasan untuk menjadikan negara kita (dan Nusantara) sebagai collateral damage sama seperti Laos yang dibom Amerika Syarikat sebanyak dua juta tan bom atas alasan melawan elemen Komunis di negara itu semasa Perang Vietnam? Tentunya tragedi yang menimpa MH370 dan MH17 masih segar dalam ingatan kita semua. Al-Fatihah.

HARIZAL HASSAN
Mantan Eksekutif Kanan, Pusat Kajian Media, Institut Kajian Strategik Islam Malaysia (IKSIM) 

Sumber bacaan lanjut:
[1] https://www.scmp.com/week-asia/politics/article/2042619/leaked-emails-george-soros-and-rigged-election-claims-malaysia
[2] http://limsiansee.blogspot.com/2016/11/wikileaks-dc-leaks-malaysia-bersih.html
[3] https://says.com/my/news/george-soros-open-society-foundations-funds-and-malaysia
[4] https://www.beritaharian.sg/dunia/mca-beri-amaran-boleh-tendang-umno-keluar-dari-bn
[5] https://www.youtube.com/watch?v=h8tPupNpvmg
[6] https://www.cnbc.com/2015/11/30/russia-bans-george-soros-charity-as-security-threat.html
[7] https://www.nst.com.my/news/nation/2021/05/690629/israeli-security-threat-malaysia-beefs-security-public-urged-remain-calm
[8] https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/04/415007/ejen-mossad-terbabit-kes-bunuh-imam-palestin
[9] https://www.npr.org/sections/thetwo-way/2010/02/dubai_police_chief_99_sure_mos.html
[10] https://www.theguardian.com/world/2021/may/15/israeli-strikes-destroy-gaza-jalaa-tower-media-al-jazeera-associated-press
[11] https://link.springer.com/chapter/10.1057/9780230512580_9
[12] https://2001-2009.state.gov/s/ct/rls/rm/2001/5041.htm
[13] https://www.aclu.org/other/fact-sheet-extraordinary-rendition
[14] https://www.aljazeera.com/features/2018/11/21/us-bombs-continue-to-kill-in-laos-50-years-after-vietnam-war
[15] https://www.middleeastmonitor.com/20210404-guantanamos-cruelty-is-medieval-its-a-horror-story-and-its-true/
[16] https://edition.cnn.com/2001/US/11/06/gen.attack.on.terror/
[17] https://thecomingwarmovie.com/
[18] https://www.globaltimes.cn/page/202104/1220837.shtml – HARAKAHDAILY 21/5/2021

- Advertisement -