
KUALA LUMPUR: Semua kakitangan Harakah menerima bonus sempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang tidak berapa hari sahaja lagi.
Ketua Pegawai Eksekutif Harakah, Kamaruzaman Mohamad berkata, bonus raya yang disampaikan sedikit sebanyak dapat memberikan kegembiraan kepada pekerja Harakah.
Walaupun seperti anak perantau yang lain tidak dapat pulang meraikan hari raya bersama keluarga tersayang di kampung, pemberian itu sekurang-kurangnya mengubat rasa syahdu tidak dapat pulang berhari raya.
Seorang kakitangan Harakah berkata beliau terharu dengan pemberian bonus hari raya itu.
Kata beliau, pemberian itu sekurang-kurangnya akan dapat digunakan untuk menampung yuran pengajian anak-anaknya.
Sementara itu, mewakili pihak kakitangan Jabatan Editorial Harakah, Ketua Pengarang Harakah, Wan Nordin Wan Yaacob mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada Harakah dengan pemberian bonus raya itu.
“Walaupun tidak dapat beraya, namun ia memberi sedikit sebanyak kegembiraan kepada kami kakitangan Harakah,” katanya.
Pemberian bonus raya disampaikan sendiri oleh Kamaruzaman di ibu pejabat Harakah, di sini, sebentar tadi. – HARAKAHDAILY 11/5/2021




















