PN Terengganu bentuk jawatankuasa

Wan Sukairi Wan Abdullah
- Advertisement -

KUALA TERENGGANU: Mesyuarat kali pertama Perikatan Nasional (PN) Negeri Terengganu telah berjaya diadakan di sini, semalam.

Mesyuarat itu dipengerusikan oleh Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar selaku Pengerusi PN Terengganu.

Demikian dimaklumkan oleh Ketua Penerangan PN Terengganu, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini, semalam.

Menurutnya, mesyuarat telah bersepakat untuk membentuk jawatankuasa PN negeri.

- Advertisement -

“Mesyuarat juga membuat keputusan untuk membentuk Jawatankuasa PN bahagian selepas ini, insya-Allah,” ujarnya yang juga Exco Kerajaan Negeri Terengganu.

Jawatankuasa PN Terengganu

Pengerusi: YAB Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar
Naib Pengerusi 1: YB Senator Dato’ Razali Idris
Naib Pengerusi 2: YB Senator Dato’ Husain Awang
Setiausaha: Muhyidin Abd Rashid
Penolong Setiausaha: Khazan Che Mat
Bendahari: YB Dato’ Rosol Wahid
Penolong Bendahari: YB Ustaz Mohd Nor Hamzah
Ketua Penerangan: YB Wan Sukairi Wan Abdullah
Penolong Ketua Penerangan: Badrolhisham Shafie
Pengarah Pilihanraya: YB Ustaz Ariffin Deraman
Penolong Pengarah Pilihanraya: Yusop Majid
Ketua Pemuda: Ustaz Mohd Nasir Abd Razak
Naib Ketua Pemuda: Aziman Hadi Nazri
Ketua Wanita: Rosilawati Mukhtar
Naib Ketua Wanita: To’ Puan Zarani Othman

Ahli Jawatankuasa:
YB Ustaz Saiful Bahri Mamat
YB Dr Alias Razak
YB Dr Azman Ibrahim
YB Zuraida Md Noor
YB Ustaz Che Alias Hamid
Husaimi Husin
Dato’ Aziz Ismail
Dato’ Seri Wan Marzuki Wan Sembok
Mek Zaharah Husain
Aidi Ahmad – HARAKAHDAILY 22/3/2021

- Advertisement -