
GERAKAN Pembela Ummah (UMMAH) akan membuat laporan polis serentak seluruh negara terhadap Tommy Thomas pada 5 Februari jam 11 pagi di IPD Dang Wangi, Kuala Lumpur.
Laporan ini adalah terkait mengenai sebuah buku memoir yang beliau telah terbitkan dan berada dipasaran bertajuk ‘My Story : Justice in the Wilderness’.
Di antara kandungan buku tersebut beliau mendakwa satu kenyataan yang membawa fitnah kepada YDPA mengenai perkenan Baginda mengenai pelantikkan Perdana Menteri Interim Tun Mahathir yang sepatutnya beliau dakwa adalah Dato’ Seri Dr Wan Azizah.
Pendedahan di atas adalah sangat tidak wajar kerana ia dianggap sebagai keputusan dan rahsia rasmi kerajaan. Sebagai mantan Peguam Negara sepatutnya beliau lebih maklum mengenai perkara tersebut.
Dakwaan tersebut terkait dengan perkenan YDPA dan menjadi keputusan penting kerajaan bagi menangani keadaan yang tidak stabil pada waktu tersebut bila Kerajaan PH jatuh kerana hilang sokongan akibat BERSATU dan kumpulan Azmin keluar daripada Kerajaan PH. Apa tujuan sebenar Tommy Thomas mendedahkan perkara tersebut dalam bukunya? Apa agenda fitnah yang cuba beliau gambarkan?
Maka UMMAH melihat ada sesuatu naratif buruk yang cuba digambarkan kepada rakyat Malaysia mengenai perkara tersebut yang boleh mengundang keadaan yang boleh mengancam kestabilan dan keselamatan negara.
UMMAH juga mengalu-alukan kenyataan Tun Mahathir yang tampil menyangkal dan menyatakan bahawa tuduhan Tommy Thomas adalah mengarut (rujuk kenyataan Tun M). [1]
UMMAH mendesak suatu siasatan segera dilakukan kepada tulisan buku tersebut dan tindakan yang tegas wajar diambil oleh pihak PDRM kepada fakta yang terlibat dengan sumpah kerahsiaan beliau sebagai mantan Peguam Negara. Rujuk akuan Akta Rahsia Rasmi 1972 (Akta 88).
MOHD ZAI MUSTAFA
Pengerusi
Gerakan Pembela Ummah (UMMAH)
4 Febuari 2021 – HARAKAHDAILY 4/2/2021
[1] https://www.facebook.com/12411993651/posts/10158027582408652/




















