‘Adik’ telah tiada, dengar luahan keluarga angkat

- Advertisement -

JASIN: Kisah dera seperti tidak berkesudahan apabila ia masih lagi berulang biarpun mereka yang dipercayai terbabit dikenakan hukuman.

Lebih malang lagi apabila kejadian menyayat hati itu majoriti membabitkan masyarakat Melayu, yang menjadikan agama sebagai pegangan hidup.

Kes terbabit berulang lagi apabila seorang kanak-kanak yang meninggal dunia 29 Januari dipercayai didera keluarga sendiri.

Hari ini, kanak-kanak yang tidak berdosa itu dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Padang Lebar Kampung Simpang Bekoh.

- Advertisement -

Bagaimanapun wartawan tidak dibenarkan masuk ke lokasi pengebumian.

Lebih malang lagi apabila ibu kandung dan bapa tirinya dipercayai terbabit dengan kes tersebut, ketika mereka tinggal bersama di sebuah rumah di Taman Krubong Jaya.

Kanak-kanak malang berusia tujuh tahun itu dipercayai mati dalam satu tong udara di rumahnya dengan kesan cedera dan lebam di beberapa anggota badan.

Menurut polis pada kejadian kira-kira jam 4 petang itu, kanak-kanak didakwa lemas di dalam udara di rumahnya sebelum siasatan menemui ada kesan cedera pada badan badannya.

Berikutan kejadian malang tersebut ibu kandung dan bapa tiri ditahan reman untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana melakukan bunuh.

Tadi, jenazah mangsa yang mesra dipanggil ‘adik’ oleh keluarga angkatnya disembahyangkan Madrasah Asy-Syakirin Simpang Bekoh dengan disertai ahli keluarga mangsa dan penduduk tempatan.

Jenazah mangsa dibawa dari Jabatan Forensik Hospital Melaka selepas dilakukan bedah siasat.

Sebelum itu Pesuruhjaya PAS Melaka, Dato’ Kamarudin Sidek turut menziarahi keluarga angkat almarhum di Hospital Melaka.

Pada pertemuan tersebut keluarga angkat turut berkongsi suka duka mereka bersama almarhum dalam usia seawal sejak dua bulan lagi.

Kamarudin berkata, beliau mendengar luahan ibu angkat yang menjaga arwah dengan penuh kasih sayang bagai menatang minyak yang penuh.

“Saya juga menyampaikan ucapan takziah daripada PAS Melaka. Insya-Allah, kita sama-sama mendoakan agar urusan keluarga dan jenazah dipermudahkan oleh Allah SWT,” ujar beliau. – HARAKAHDAILY 1/2/2021

- Advertisement -