
ISU arak
Banyak orang non-Muslim tanya kenapa Apek sokong sangat perketatkan penjualan arak, dan sindir sama Apek nak bodek orang Muslim.
(1) Saya sokong perketatkan penjualan arak kerana sepanjang pekerjaan saya sebagai Peguam, saya nampak banyak kes keganasan rumah tangga kerana mabuk, dan orang kesal mabuk memandu sampai melanggar mati.
(2) orang non-Muslim juga tanya, kalau orang Islam di negara lain sebagai minoriti dikenakan syarat-syarat atas Islam, mereka akan akur?
Saya jawab, sewaktu Saya menuntut di UK, kerajaan UK tidak membenarkan solat, azan melalui pembesar suara. Muslim di UK mengakur undang-undang tersebut, walaupun tidak bersetuju.
Isu kuil
Banyak kawan beragama Hindu tanya saya kenapa nak bodek Muslim. Saya kata Saya tak bodek Muslim, dan hanya mengakur kepada undang-undang.
Saya memberitahu mereka, ramai Muslim yang komen di posting saya berkata, kalau ada surau ke, madrasah ke yang bina secara haram, orang Muslim sendiri menyokong untuk merobohkan kerana bercanggah dengan undang-undang.
Dalam isu roboh kuil di Kedah, sebuah dewan silat juga dirobohkan, dan tak nampak orang Melayu yang cinta akan kebudayaan buat bising?
Isu pekebun haram di Raub
Ada juga orang kata saya bodek orang Melayu. Hello? Pekebun haram ini ada orang Melayu juga, so sekarang rakyat ini nak cakap Apek melawan Melayu ke apa?
Rumusannya, pekebun haram di Raub telah salah, bukan dalam satu undang-undang, malah 3 – Akta Penghutanan, Undang-undang cukai, dan Enakmen Negeri Pahang.
So kalau tengok cara Apek melihat isu ini, semua dari sudut pandangan Undang-undang.
Kalau mahu ejek atau sindir saya ke, baik kata Apek ini kuat kipas dan bodek ‘Kedaulatan undang-undang’ Malaysia.
APEK CINA – HARAKAHDAILY 6/12/2020
Sumber asal: https://www.facebook.com/674810622880986/posts/1262783114083731/
PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS. Segala risiko akibat penyiaran ini menjadi tanggungjawab penulis sendiri.




















