ADUN bukan Islam rai majlis berbuka puasa

Wong Chia Zhen (depan, kanan) dalam Majlis Berbuka Puasa Perdana di Kulim Bandar Baharu, Kedah.
- Advertisement -

KULIM BANDAR BAHARU: Keberkatan dan kemeriahan Ramadan tidak hanya dimanfaatkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) beragama Islam sahaja sebaliknya turut melibatkan yang bukan beragama Islam.

Satu-satunya ADUN Perikatan Nasional bukan Islam (PN) Kedah, Wong Chia Zhen tidak melepasnya peluang meraikan kemeriahan Ramadan dengan bersama-sama penganut beragama Islam di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kulim pada Majlis Berbuka Puasa Perdana pada Isnin.

- Advertisement -

“Bukan semua orang dapat kebaikan dan pahala puasa, contohnya bagi non-muslim, kita tidak mengamalkan puasa seperti ini, jadi hargailah bulan yang mulia ini,” katanya.

Turut hadir ialah ADUN Bandar Baru, Ts Dr Mohd Suffian Yusoff.

Chia Zhen yang juga Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Masyarakat Cina, India, Siam dan NGO Negeri Kedah dalam pada itu turut menyampaikan sumbangan kepada semua surau dan masjid sekitar DUN Kulim. 

“Semoga bulan puasa ini satu peluang untuk menguatkan lagi keimanan, selamat menjalankan ibadat puasa,” ujarnya.

Pada program berasingan, beliau sempat ke Kampung Seri Aman untuk meninjau keadaan tanah runtuh dan melibatkan jalan pertanian (kawasan kebun kelapa sawit) yang merupakan antara laluan utama penduduk kampung berkenaan. 

“Saya telah berhubung dengan pihak penghulu Mukim Karangan untuk mengambil tindakan sewajarnya untuk menyelesaikan masalah itu,” katanya. – HARAKAHDAILY 27/3/2024

- Advertisement -