PN terus konsisten juarai nasib rakyat

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Perikatan Nasional akan terus konsisten menjadi suara yang menjuarai nasib rakyat dan membela ketidakpuasan hati rakyat terhadap prestasi Kerajaan Persekutuan yang semakin mengecewakan. 

- Advertisement -

Setiausaha Agung Perikatan Nasional, Dato’ Seri Hamzah Zainudin berkata, Mesyuarat Khas Majlis Tertinggi Perikatan Nasional pada semalam (22 April) yang dipengerusikan oleh Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Dato’ Muhyiddin Mohd Yassin telah membincangkan hal berkaitan Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kuala Kubu Bharu dan isu-isu semasa.

“Perikatan Nasional amat berbesar hati untuk mengumumkan penerimaan masuk Parti Rakyat India Malaysia atau juga dikenali sebagai Malaysian Indian People’s Party (MIPP) sebagai parti anggota yang baharu,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambahnya, bagi mengukuhkan lagi Parti Perikatan Nasional sebagai wadah perjuangan untuk segenap lapisan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, agama dan latar belakang.

“Mesyuarat juga telah membincangkan persiapan bagi berdepan dengan PRK DUN Kuala Kubu Bharu dan mengarahkan jentera pilihan raya digerakkan sepenuhnya dalam usaha untuk meraih sokongan pengundi di Kuala Kubu Bharu khususnya,” katanya. – HARAKAHDAILY 23/4/2024

- Advertisement -