KKB perlu jadi ‘kubur baharu’ PH-BN

Mohamed Shukri Omar
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kuala Kubu Bharu perlu menjadi ‘kubur baharu’ buat Pakatan Harapan (PH)-Barisan Nasional (BN) dan perlu ditalkinkan bersama menjelang 12 Mei ini.

Ketua Pemuda Perikatan Nasional Negeri Selangor, Ustaz Mohamed Sukri Omar berkata, ini kerana rakyat memerlukan masa hadapan yang lebih baik, dan penyelesaian itu ada pada Perikatan Nasional (PN). 

- Advertisement -

Beliau menyatakan, jika mahu dirungkai satu persatu kelemahan kerajaan pada hari ini, ia tidak akan berkesudahan kerana ‘penyakit’nya sangat parah sekali.

“Namun,  setiap penyakit itu ada ubatnya, dan melihat kepada parahnya penyakit yang sedang menular pada PH-BN, hanya ‘mati’ sahaja pilihannya,” tegas beliau dalam satu kenyataan, hari ini.

Adam Adli takut dengan bayang-bayang sendiri

Dalam pada itu, Mohamed Sukri mempersoalkan mengenai Ketua Angkatan Muda Keadilan, Adam Adli yang begitu takut dengan bayang-bayang sendiri di Kuala Kubu Bharu.

Menurut beliau, jika Adam Adli sedar bahawa Pakatan Harapan semakin tidak diterima rakyat, maka tidak usahlah membuat tuduhan dengan mengaitkan Perikatan Nasional mengapi-apikan kebencian serta membawa api perkauman atau menunggang agama.

“Beliau sepatutnya mengkritik partinya sendiri yang begitu gemar membawa polemik sebegitu. 

“Kenyataan pimpinan DAP yang selama ini banyak menyinggung perasaan orang Melayu dan Islam di negara ini langsung tidak diambil endah olehnya.

“Sementelah, kenyataan Ketua Pemuda PAS Pusat langsung tidak membangkitkan soal perkauman, tetapi mempersoal tata kelola yang semakin ke laut. 

“Hakikatnya, kerajaan Madani gagal dalam aspek pentadbiran. Namun, kerana takut terpaksa menelan realiti tersebut, PN pula dijadikan kambing hitam,” katanya. – HARAKAHDAILY 24/4/2024

Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!

Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!