Tetapkan kadar bayaran di pusat jagaan anak

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kerajaan diminta meletakkan paras atau garis tertentu kadar penjagaan kanak-kanak berdasarkan usia kepada pusat jagaan kanak-kanak, demikian cadang Dr Abd Ghani Ahmad (PN-Jerlun).

Menurut beliau, ia adalah kerana kadar harga yang ditetapkan oleh pusat jagaan kanak-kanak berbeza antara bandar, pinggir bandar dan kampung.

“Dan di peringkat kampung pun sudah menjadi bualan di kalangan para waris. Kadang-kadang seorang anak itu sehingga mencecah RM400 ke RM450,” ujar beliau.

- Advertisement -

Beliau mengemukakan perkara itu ketika mencelah Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat semasa sesi Jawapan oleh YB Menteri-menteri ke atas Perbahasan Titah Diraja di sini sebentar tadi.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, setakat ini jika mereka dari golongan pekerja kerajaan, anak mereka memang diberikan subsidi RM180 untuk dihantar kepada taska kerajaan.

“Tapi untuk swasta adalah kebebasan mereka setakat ini kerana ia melihat kepada kualiti tempat itu sendiri, jadi terpulang kepada individu-individu atau ibu bapa untuk menilai sendiri.

“Sama ada ianya whether is worthwile or not (sama ada berbaloi atau tidak) dengan izin untuk menghantar anak mereka ke tempat-tempat sepertimana yang ada yang mereka harus pilih itu.

“Jadi setakat ini kita masih belum lagi meletakkan harga siling ataupun harga standard untuk tempat-tempat tertentu,” jawab beliau.

Tambahnya, perkara tersebut dilakukan kerana itu adalah tempat yang ditentukan oleh pihak swasta dan diharapkan agar mereka yang hendak menghantar anak ke tempat-tempat swasta ini merujuk dengan pihak Kementerian dahulu sama ada berdaftar atau tidak.

“Kerana kami tidak dapat melihat kepada semua tempat di seluruh negara ini. Maka kami memerlukan mereka yang nak menghantar anak ke swasta, tempat swasta ini, sila rujuk kepada kami sama ada mereka berdaftar kepada kami ke tidak.

“Kerana pendaftaran ini banyak bukan hanya bergantung kepada kementerian kami kerana mereka juga perlu merujuk kepada pihak KPKT terutama sekali dari segi dari sudut keselamatan mereka.

“Untuk mereka membina tempat-tempat taska tersebut. Bomba perlu dirujuk, KPKT perlu dirujuk mungkin Kesihatan juga MOH juga perlu dirujuk. Jadi sebelum mereka didaftar sepenuhnya maka merujuk kepada semua ini baru kami mendaftar.

“Kalau lulus daripada kementerian-kementerian yang lain itu, baru kami mendaftarkan mereka. Kerana kami tidak mahu sewenang-wenang mendaftar kalau mereka itu tempat itu masih lagi terancam dari segi keselamatannya, tidak teratur.

“Maka sebab itu kalau nak meneliti dari segi harga mereka nilai harga siling itu, maka perlulah mereka yang nak menghantar itu meneliti sendiri dan juga menilaikan sama worthwile or not untuk menghantar mereka di situ,” jelas beliau. – HARAKAHDAILY 12/3/2024

- Advertisement -