Konflik haiwan liar-manusia perlu segera diatasi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kerajaan perlu mengambil langkah segera dalam mengekang pencerobohan haiwan liar yang mengganggu kawasan kediaman penduduk dan merosakkan tanah pertanian.

Dato’ Dr Ahmad Yunus Hairi (PN-Kuala Langat) berkata, walaupun perangkap monyet telah dipasang, namun tidak dapat ditangkap, malah menyebabkan ketidaksejahteraan kepada masyarakat kampung.

- Advertisement -

Menurutnya, beliau telah membawa isu ini di dalam perbahasan Dewan Undangan Negeri (DUN) dan peringkat Majlis Mesyuarat Tindakan Daerah, tetapi tidak ada penyelesaian.

“Saya harapkan mungkin agensi-agensi yang diberikan autoritinya termasuklah mungkin PERHILITAN dan sebagainya yang terlibat dengan jawatankusa bertindak daerah.

“Seterusnya, pihak bertanggungjawab memberikan cadangan yang praktikal sama ada hendak memusnahkan (tetapi) berkemungkinan akan ada pihak-pihak yang menentang,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa sesi penggulungan oleh Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam kepada Perbahasan Menjunjung Kasih Titah Diaja di Dewan Rakyat, di sini, hari ini.

Menterinya, Nik Nazmi Nik Ahmad, berpandangan perkara ini berpunca apabila habitat haiwan tersebut telah dimusnahkan.

“Perkara ini tidak ada penyelesaian yang mudah. Maka, kita perlu ada beberapa pendekatan selain daripada cuba untuk memindahkan binatang ini dan sebagainya tetapi realitinya perlu ada kesedaran terhadap binatang-binatang ini.

“Kita akan lihat lebih menyeluruh untuk kita menangani sebaik mungkin soal konflik hidupan liar dan manusia ini,” katanya. – HARAKAHDAILY 12/3/2024

- Advertisement -