Lintas langsung Himpunan 100K Bela Palestin

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Diiringi cuaca mendung, Himpunan 100K Bela Rakyat Palestin berlangsung pada hari ini (4 Mei) di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat Jalan Tun Razak Kuala Lumpur. Ikuti lintas langsung dari lokasi perhimpunan tersebut (FOTO: HARAKAHDAILY/Muhammad Zharif Zulkiflee & Ikmal Emir).

- Advertisement -

Orang ramai yang menyertai himpunan anjuran PAS ini telah berkumpul di tiga lokasi berbeza – di Bangunan Yayasan Selangor Bukit Bintang, Masjid Asy-Syakirin KLCC, dan Masjid Ibnu Mas’ud sebelum dijadualkan mula berarak ke lokasi berhampiran Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Jalan Tun Razak pada kira-kira pada jam 2 petang.

12:10 tengah hari: Orang ramai telah berkumpul di hadapan Menara Berkembar Petronas Kuala Lumpur. Ketua Penerangan PEJUANG, Rafique Rashid juga hadir dalam memberikan ucapan mengenai Palestin.

12:30 tengah hari: Laungan takbir dan “Hancur Israel” dimulakan dengan lantang dan penuh bersemangat oleh orang ramai yang mula berkumpul di sini.

12:33 tengah hari: Seorang lelaki India, Mythreyar Mutturamalinggam, 48, memberi ceramah mengenai kezaliman Zionis Israel terhadap penduduk Palestin di Gaza, menyatakan sokongannya yang tidak berbelah bahagi.

12:50 tengah hari: Nyanyian Free Palestin dilaungkan sambil menunggu kumpulan lain untuk berarak ke Masjid KLCC sebelum bergerak ke Kedutaan Amerika Syarikat.

12:58 tengah hari: Perarakan ke Masjid KLCC bakal dimulakan yang sambil membuat laungan takbir dan mengibarkan bendera Palestin.

1:04 tengah hari: Perarakan telah bermula bergerak melalui Menara Maxis sambil melaungkan slogan “Free Free Palestine” menuju ke Masjid KLCC.

1:09 tengah hari: Perarakan sudah berada di hadapan Hotel Four Seasons sebelum meneruskan perjalanan lagi ke Masjid KLCC.

1:14 tengah hari: Perarakan masih dilakukan tetapi secara senyap bagi memberi laluan kepada azan zuhur yang berkumandang di Masjid KLCC.

1:17 tengah hari: Perarakan telah tiba di pekarangan Masjid KLCC yang mana sepasukan Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang berkumpul bagi membuat sebarang pemantauan.

1:25 petang: Orang ramai menuju ke arah ruang solat utama bagi menunaikan solat zuhur sebelum melakukan perarakan menuju ke Kedutaan Amerika Syarikat di Jalan Tun Razak.

1:47 tengah hari: Orang ramai mula berkumpul di hadapan Masjid KLCC setelah selesai menunaikan solat zuhur. Ahli Parlimen Sik, Ahmad Tarmizi Sulaiman dan Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS, Nadzir Helmi turut hadir.

1:50 tengah hari: Orang ramai yang berada di checkpoint Masjid Ibnu Mas’ud sudah bersedia untuk berarak ke Kedutaan Amerika Syarikat.

1:57 tengah hari: Barisan pimpinan NGO diminta untuk berada di barisan hadapan sebelum melakukan perarakan menuju ke Kedutaan Amerika Syarikat.

2:22 petang: Kumpulan orang ramai dari Masjid Ibnu Mas’ud sedang bergerak dalam perarakan ke Kedutaan Amerika Syarikat.

2:23 petang: Kumpulan orang ramai dari Masjid KLCC telah mula melakukan perarakan menuju ke Kedutaan Amerika Syarikat sambil melaungkan slogan “Bersama-sama Palestin”.

2:32 petang: Perarakan ini melalui Bangunan Oval Kuala Lumpur sebelum menuju ke kawasan Jalan Tun Razak.

2:38 petang: Orang ramai sedang mula berkumpul di kawasan Jalan Tun Razak sambil melaungkan slogan “Hidup Palestin”. Pada masa sama pihak polis bersama-sama Unit Amal memantau pergerakan mereka bagi memastikan tiada sebarang masalah berlaku.

2:51 petang: Perarakan telah sampai di hadapan Bangunan Alps Ethical Life Science yang berhampiran dengan kawasan Kedutaan Amerika Syarikat sambil melaungkan takbir.

2:53 petang: Ahli Parlimen Bachok, Syahir Sulaiman turut hadir dalam Himpunan 100K Bela Palestin pada hari ini.

2:57 petang: Semakin ramai berkumpul di hadapan Bangunan Alps Ethical Life Science dan orang ramai yang berada di situ kemudian memberi ruang laluan kepada Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang baru tiba di situ.

2:59 petang: Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari hadir bersama-sama dengan Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS, Nadzir Helmi dalam Himpunan 100K Bela Palestin. Turut hadir ialah Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia, Dr Rosni Adam.

3:01 petang: Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan diikuti Ahli Parlimen Jerantut, Ir Ts Khairil Nizam Khirudin tiba pada Himpunan 100K Bela Palestin.

3:09 petang: Ketua Penerangan PEJUANG, Rafique Rashid memulakan ucapan dalam Himpunan 100K Bela Palestin. Turut hadir ialah Naib Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.

3:15 petang: Presiden Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia, Imran Sulaiman menyampaikan ucapannya dalam Himpunan 100K Bela Palestin.

3:36 petang: Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang baru sahaja hadir dalam Himpunan 100K Bela Palestin, menyaksikan orang ramai yang berkumpul telah menyambut kehadiran beliau sambil mengibarkan bendera Palestin dan Malaysia. Turut kelihatan hadir ialah mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Naib Presiden PAS, Datuk Idris Ahmad.

3:47 petang: Tiba giliran ucapan yang ditunggu-tunggu orang ramai, daripada Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

4:04 petang: Giliran mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamed untuk memberikan ucapannya dalam Himpunan 100K Bela Palestin.

4:13 petang: Bacaan doa membela Palestin oleh Ahli Parlimen Jasin, Zulkifli Ismail sebelum berakhirnya perhimpunan pada hari ini.

4:18 petang: Himpunan 100K Bela Palestin berakhir.

- Advertisement -