Syor guna robot atasi kekurangan pekerja sawit

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kerajaan diberi bayangan untuk menyelesaikan isu kekurangan tenaga buruh bagi kerja-kerja memungut hasil kelapa sawit menerusi penggunaan robotik, demikian kemuka Datuk Ustaz Idris Ahmad (PN-Bagan Serai).

“Kerana walaupun kita tahu penggunaan tenaga manusia lebih efisien dan cepat, tetapi daripada tidak dapat langsung, lebih baik kita menggunakan robot ini untuk dapat penghasilan yang baik,” ujar beliau.

- Advertisement -

Lontaran itu dinyatakannya ketika mencelah Dato’ Indera Mohd Shahar Abdullah (BN-Paya Besar) yang bertanya kepada Menteri Perladangan dan Komoditi pada sesi Pertanyaan-pertanyaan Bagi Jawapan Lisan di Dewan Rakyat, di sini sebentar tadi.

Menurut beliau, perkara penting tersebut pernah dibincangkannya bersama Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Dato’ Dr Adham Baba dahulu di mana dinyatakan saintis negara mampu melakukannya.

Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani dalam jawapannya memberitahu bahawa dalam industri kelapa sawit, negara mempunyai mekanisme yang sangat bagus.

“Hari ni kalau kita nak pergi letak baja, racun dan juga kita nak buat precision farming, kita boleh guna dron. Tapi ada satu masalah yang sangat kritikal dalam industri sawit ini ialah apabila kita nak harvest buah ini.

“Dia masih tidak lagi jumpa teknologi yang boleh pergi machine, pergi kutip buah tersebut. Dia masih memerlukan manual. Dan kita ada banyak pisau-pisau untuk meraih buah ini secara automatik dan semoga gunakan bateri.

“Tetapi kita perlu tenaga mahir untuk mencantas buah-buah ini. Jadi oleh itu sebab itu kita banyak bergantung kepada pekerja asing ini,” ujar Johari. – HARAKAHDAILY 28/2/2024

- Advertisement -