Ustaz Wan pantau aduan rakyat 

Ustaz Wan (kanan) membuat pengukuran jalan raya di lokasi penambahbaikan di Arau, Perlis.
- Advertisement -

ARAU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Guar Sanji, Ustaz Mohd Ridzuan Hashim turun padang memantau sepuluh lokasi yang disenaraikan bagi proses baik pulih dan naik taraf fasiliti sekitar kawasannya, di sini.

Mohd Ridzuan yang lebih mesra dipanggil sebagai Ustaz Wan, menyatakan bahawa kesemua 13 projek tersebut melibatkan baik pulih dan pengembangan jalan, pembaikan saliran longkang, serta penambahbaikan surau di dalam kawasan kampung.

- Advertisement -

“Antara kampung yang terlibat dalam lokasi naik taraf dan baik pulih fasiliti termasuk Kampung Chemumar, Kampung Jelempok, Behor Mentalon, dan Kampung Paloh,” katanya.

Turut hadir mengiringi beliau ialah Penolong Jurutera Bahagian Pentadbiran Daerah, Muhammad Asyraf Mahkar yang memberi sokongan kepada inisiatif Ustaz Wan dalam memantau serta memastikan pelaksanaan projek-projek tersebut agar berjalan lancar.

“Ia membuktikan kesungguhan Ustaz Wan dalam memenuhi tanggungjawabnya sebagai wakil rakyat untuk memastikan keperluan asas masyarakat di kawasannya dipenuhi dengan sebaik mungkin,” kata Muhammad Asyraf.  HARAKAHDAILY  9/2/2024

- Advertisement -