Lintas langsung Himpunan Selamatkan Syariah, Putrajaya

- Advertisement -

LINTAS langsung program Himpunan Selamatkan Syariah di pekarangan Istana Kehakiman Negara, Putrajaya pada hari ini, Jumaat, 9 Feb 2024.

- Advertisement -

Himpunan yang dianjurkan badan bukan kerajaan (NGO) itu dihadiri orang ramai yang mula berhimpun seawal 7 pagi lagi.

Peguam yang mencabar 18 Enakmen Kanun Jenayah (1) Kelantan 2019, Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid tiba di Mahkamah Persekutuan bagi mendengar keputusan yang akan disampaikan oleh panel hakim pada pagi ini.

Suasana program Himpunan Selamatkan Syariah di pekarangan Istana Kehakiman Negara, Putrajaya pada hari ini, Jumaat, 9 Feb 2024.(FOTO:HARAKAHDAILY/Muhammad Zharif Zulkiflee)

7.45 pagi: Nik Elin tiba jam 7.45 pagi bersama pasukan peguamnya.

9:35 pagi: Suasana di Istana Kehakiman Negara menyaksikan ramai umat Islam sedang memulakan bacaan zikir.

Idris Ahmad (tengah) hadir dalam program Himpunan Selamatkan Syariah di pekarangan Istana Kehakiman Negara, Putrajaya.

Yang turut hadir dalam perhimpunan tersebut ialah Naib Presiden PAS, Datuk Idris Ahmad; Setiausaha Agong PAS; Datuk Seri Takiyuddin Hassan; Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari; Ahli Parlimen Putrajaya, Dr Radzi Jidin; Ahli Parlimen Jasin, Tuan Guru Zulkifli Ismail; Ahli Parlimen Bachok, Syahir Sulaiman, dan bekas Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob.

10:15 pagi: Keputusan mahkamah memilih untuk berpihak kepada Nik Elin Abdul Rashid dan anaknya, Tengku Yasmin Natasha Tengku Abdul Rahman dengan majoriti 8-1.  HARAKAHDAILY  9/2/2024

- Advertisement -