NASA buka laluan ke Marikh

Pelan Draf Program Penerokaan Marikh sepanjang dua dekad akan datang dijangka menggunakan misi kos rendah.
- Advertisement -

WASHINGTON: Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) mula mengambil langkah pertama ke arah membuka laluan komersial ke planet Marikh.

- Advertisement -

Makmal Jet Propulsion agensi angkasa lepas itu dalam satu kenyataannya mengeluarkan permintaan baharu kepada industri bertajuk, Menjelajah Marikh Bersama: Kajian Perkhidmatan Komersial, lapor _Ars Technica_.

“Ini adalah permintaan untuk cadangan daripada industri angkasa AS untuk memberitahu NASA bagaimana mereka akan menyelesaikan satu daripada empat misi peribadi ke Marikh, termasuk menghantar satelit kecil ke orbit atau menyediakan perkhidmatan pengimejan di sekitar planet merah.

“Pelan Draf Program Penerokaan Marikh sepanjang dua dekad akan datang dijangka menggunakan misi kos rendah yang lebih kerap untuk mencapai sains dan penerokaan yang menarik untuk komuniti lebih besar,” kata dokumen itu. 

Untuk merealisasikan matlamat rancangan itu, kerajaan dan industri AS akan bekerjasama untuk memanfaatkan produk bumi dan bulan serta perkhidmatan komersil semasa dan baharu muncul, ujar laporan itu.

NASA dilaporkan akan membayar pencadang AS$200,000 untuk kajian salah satu misi rujukan tersebut atau AS$300,000 untuk maksimum dua kajian di mana agensi itu berhasrat untuk menganugerahkan anugerah kontrak ‘berbilang’.

Dalam permintaan 496 halamannya, NASA menggariskan empat ‘misi rujukan reka bentuk’ yang boleh dibida oleh syarikat secara ada asasnya agensi angkasa itu mahu cara pelaksanaan tugas-tugas ini dinyatakan syarikat pembida. 

NASA sendiri menetapkan empat misi iaitu penghantaran muatan yang lebih kecil dan pengehosan iaitu membawa dan hantar muatan yang disediakan oleh Program Eksplorasi Marikh.

Ia termasuk penghantaran muatan dan pengehosan yang lebih besar iaitu membawa dan menghantar ke orbit Marikh atau lebih kapal angkasa yang boleh dipisahkan dan secara pilihan menyediakan perkhidmatan untuk satu atau lebih muatan yang dihoskan.

Selain perkhidmatan pengimejan elektro-optik iaitu menyediakan platform penderia dan kapal angkasa orbit untuk perkhidmatan pengimejan di Marikh selama dua tahun bagi digunakan untuk kerja.

Ia merujuk kepada kerja menyokong penyiasatan sains pemerhatian, pemilihan tapak pendaratan dan penilaian bahaya, pengesanan perubahan dan pemantauan dan perancangan untuk aset permukaan.

Termasuk ditetapkan perkhidmatan geganti generasi akan datang dengan menyediakan perkhidmatan geganti komunikasi antara Marikh dan Bumi untuk aset permukaan dan orbit selama empat tahun.

Agensi angkasa itu memberitahu, dalam beberapa tahun kebelakangan ini mereka telah berkembang daripada ‘memiliki’ semua roket dan kapal angkasa yang digunakan untuk meneroka Sistem Suria kepada model yang lebih berasaskan perkhidmatan. 

“Contoh utama ini ialah Program Krew Komersial. NASA tidak memiliki kenderaan Crew Dragon SpaceX. Sebaliknya, ia menyediakan sebahagian daripada pembiayaan yang diperlukan untuk membangunkan kapal angkasa dan kemudian membeli penerbangan seperti yang diperlukan untuk angkasawannya. 

“Sementara itu, SpaceX memiliki dan mengendalikan Crew Dragon dan boleh menerbangkan misi peribadi, seperti yang dilakukan dengan Inspiration4,” ujar kenyataan tersebut.  HARAKAHDAILY  3/2/2024

- Advertisement -