Mangsa pokok tumbang terima bantuan RM20,000

Rozi Muhamad (kiri) melawat rumah mangsa di di Kampung Hulu Stesen KTM Bunut Susu, Pasir Mas, Kelantan.
- Advertisement -

PASIR MAS: Seorang mangsa pokok yang ditebang tumbang ke atas rumah, akan menerima sumbangan di bawah peruntukan pembinaan rumah dhuaafat sebanyak RM20,000.

Anggota Dewan Undangan Negeri Tendong, Rozi Muhamad, memberitahu, Halimah Yaacob, mengalami kerugian kira-kira RM15,000 berikutan rumahnya rosak akibat dihempap pokok kelapa yang sedang ditebang.

- Advertisement -

Ketika dihubungi HarakahDaily, beliau memberitahu, mangsa yang tinggal di Kampung Hulu Stesen KTM Bunut Susu sebelum itu mengupah seseorang supaya menebang tiga buah pokok berkenaan yang berada di tepi rumahnya.

“Dia (Halimah) mengambil keputusan itu (menebang pokok kelapa) kerana dibimbangi pokok-pokok kelapa terbabit menimpa rumahnya apa lagi keadaan pokok berkenaan kelihatan tidak stabil (condong).

“Bagaimanapun ketika proses menebang dibuat, salah satu daripadanya telah menimpa rumah Halimah, menyebabkan ia berlaku kerosakan yang agak teruk,” ujarnya.

Tambahnya, bagaimanapun  dia bersyukur memandangkan tiada kecederaan dan kemalangan jiwa berlaku.

Sehubungan itu, menurut Rozi Pusat Khidmat DUN (PKD) telah mengambil tindakan segera untuk membaiki rumah berkenaan yang rosak untuk keselesaan Halimah sekeluarga.

“Ssemua maklumat telah diambil pihak kami  untuk tindakan seterusnya,” katanya.  HARAKAHDAILY  3/2/2024

- Advertisement -