Pelajar sekolah pondok, tahfiz perlu kuasai pelbagai kemahiran

Mohammed Fadzli (tiga dari kiri) dalam majlis penyerahan sijil pentauliahan Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) kepada pusat latihan dan syarikat SLDN-TVET Tahfiz Pertanian Kerajaan Negeri Kelantan: Gerakan Pertanian Al-Falah, di Kota Bharu, Kelantan.
- Advertisement -

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan menyeru pelajar pondok dan tahfiz agar turut menguasai bidang kemahiran lain yang menjadi nilai tambah bagi membantu mereka menempuh alam pekerjaan pada masa depan.

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Dato’ Dr Mohammed Fadzli Hassan berkata, perkongsian informasi dan kemahiran teknikal kepada institusi tahfiz dan pondok adalah penting.

- Advertisement -

Beliau berkata demikian dalam  majlis penyerahan sijil pentauliahan Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) kepada pusat latihan dan syarikat SLDN-TVET Tahfiz Pertanian Kerajaan Negeri Kelantan: Gerakan Pertanian Al-Falah, di sini.

Menurutnya, ia bertujuan supaya seiring dengan institusi pengajian yang lain dari segi penguasaan ilmu seterusnya boleh melahirkan para ilmuan demi keseimbangan di antara ilmu duniawi dan ukhrawi.  

“Pada hemat saya, amatlah penting bagi memperkasakan dan mempelbagaikan ilmu serta kemahiran yang ada kepada pelajar pondok dan tahfiz.

“Semua pihak perlu berganding bahu memastikan Kelantan terus kekal sebagai gedung ilmu yang dapat melahirkan modal insan hebat,” katanya.  HARAKAHDAILY  2/2/2024

- Advertisement -