Kebajikan guru KAFA jadi keutamaan Kedah

Siti Aishah Ghazali
- Advertisement -

ALOR SETAR: Kerajaan negeri Kedah memberikan jaminan akan berusaha untuk memperjuangkan kebajikan guru-guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA).

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Kemiskinan, Pembangunan Insan, Dato’ Siti Ashah Ghazali berkata, kerajaan memberikan sokongan sepenuhnya dan berharap mesyuarat agung itu menjadi platform utama dalam meningkatkan agenda kebajikan guru KAFA di seluruh Kedah.

- Advertisement -

“Seorang pendidik mempunyai tanggungjawab besar dalam membimbing generasi muda menjadi insan yang cemerlang.

“Saya dan rakan-rakan dalam kerajaan negeri tidak akan berhenti mencari jalan untuk kita membela kebajikan guru-guru KAFA kerana anda semua umpama permata yang bersinar dalam menyinari hidup orang lain,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Mesyuarat Agung Badan Kebajikan Warga KAFA Negeri Kedah  kali ke 12 di Seri Mentaloon, di sini, pada hari ini.

Menurutnya, dimensi baharu alam pendidikan yang begitu berbeza sifatnya perlu ditangani dengan matang dan hikmah.

“Tahun 2024 ini, saya sangat berharap semua jawatankuasa yang ada haruslah  menggalas tanggungjawab dengan dedikasi supaya setiap perancangan yang dibuat dapat dilaksanakan sebaik mungkin agar sasaran dan keperluan serta kebajikan semua ahli dapat dipenuhi,” katanya.  HARAKAHDAILY  29/1/2024

- Advertisement -