Bom jenis Arieal 125 kg berjaya dimusnah

- Advertisement -

KOTA BHARU: Penemuan bom jenis Arieal telah berjaya dimusnahkan oleh Unit Pemusnah Bom Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan bersama Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kota Bharu hari ini.

- Advertisement -

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Mohd Rosdi Daud berkata, bom yang ditemui itu berjaya dimusnahkan di kawasan yang selamat sebaik sahaja pihaknya menerima satu laporan mengenai penemuan itu.

Katanya, pada jam 9.50 pagi tadi pihaknya menerima laporan mengenai penemuan satu objek menyerupai bom di tapak pembinaan di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa.

“Pihak polis dari Unit Pemusnahan Bom telah pergi ke tempat kejadian dan mengesahkan bahawa objek berkenaan merupakan satu unit bom jenis Aerial berukuran panjang 98 cm, ukur lilit 2 kaki 7 inci, seberat 125 kg,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu katanya, tiada sebarang kemalangan atau sebarang insiden yang tidak diingini berlaku sepanjang proses pemusnahan bom itu. – HARAKAHDAILY 29/1/2024

- Advertisement -