PAS kecam serangan di Iran 

Lebih 100 terkorban dan 200 yang lain cedera dalam tragedi pengeboman di bandar Kerman, Iran semalam, 3 Jan 2024
- Advertisement -

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengecam serangan yang telah membunuh lebih 100 nyawa dan mencederakan lebih 200 orang awam lain dalam tragedi pengeboman di bandar Kerman, Iran semalam.

- Advertisement -

PAS mengucapkan takziah kepada kerajaan Iran dan rakyat yang terlibat dalam tragedi ini. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas mereka yang terkorban dan diberikan kesembuhan bagi mereka yang tercedera. 

Sewajarnya dunia Islam mengutuk dalang di sebalik serangan ini, kerana telah mengorbankan rakyat awam dan bertentangan dengan ajaran Islam yang sebenar. 

“Adil, Prihatin & Berkebajikan”

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS – HARAKAHDAILY 4/1/2024

- Advertisement -