Ramai yang mula buat kira-kira untuk perbelanjaan 2024.
Terlalu banyak komitmen yang perlu diselesaikan; sewa rumah, yuran sekolah anak, barang dapur, hutang kereta, minyak, tol, roadtax dan macam-macam lagi.
Tidak hairan jika ramai ayah-ayah terpaksa buat dua pekerjaan untuk menampung keperluan.
Paling tidak, cukup untuk tunaikan hak keluarga tersayang. Jika besar periuk, besarlah keraknya.
Apabila memikirkan tentang kewangan ini, saya tidak dapat lari daripada turut mengenang keadaan Presiden Teragung Umno, YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.
Saya yakin pasti hidup YAB Dato’ banyak berubah selepas didakwa atas kes rasuah melibatkan Yayasan Akalbudi.
Kalau sebelum ini YAB Dato’ ada duit Yayasan Akalbudi untuk bayar segala keperluan peribadi dan keluarga, adakah sekarang YAB Dato’ baik-baik sahaja?
Apa khabar cukai jalan dan insurans bagi 20 kenderaan yang berjumlah RM107,509.55 itu?
Apa khabar kenderaan jenis BMW X5, Mini Coopers S, BMW 320i (A), Mercedes Benz CLS350 dan motosikal BMW R1200 GS?
Dapatkah YAB Dato’ membayar semua empat jenis polisi insurans yang diambil?
Namun, saya yakin dengan kedudukan YAB Dato’ sekarang sebagai Presiden Umno dan Timbalan Perdana Menteri pasti sedikit sebanyak membantu mengurangkan beban yang dipikul.
Semoga YAB Dato’ dipermudahkan urusan dan semoga kes Yayasan Akalbudi dibicarakan semula.
YB USTAZ KHALIL YAHAYA
Ketua Penerangan PAS Negeri Perak – HARAKAHDAILY 4/1/2024