Suspek bunuh imam, isteri miliki 9 rekod jenayah 

Allahyarham Agus Omar dan Darlisma Nyatu Salleh.
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Hasil semakan terhadap suspek pembunuhan Imam Masjid Kampung Sungai Penchala, Allahyarham Agus Omar, 82, dan isterinya, Allahyarham Darlisma Nyatu Salleh, 72, didapati memiliki sembilan rekod kes jenayah dadah sejak Januari 2016 hingga November lalu.

Jenazah pasangan suami isteri itu yang ditemui maut dibunuh anaknya pada Sabtu lalu telah dikebumikan bersama dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Penchala selepas waktu Isyak, semalam.

- Advertisement -

Kedua-dua mangsa telah dimandikan dan disembahyangkan di Masjid Jamek Tengku Abdul Aziz Shah, Kampung Sungai Penchala.

Allahyarham Agus yang juga merupakan pengerusi pertama tabung khairat Masjid Jamek Tengku Abdul Aziz Shah dan isterinya dipercayai maut ditikam oleh suspek yang merupakan anak kandung pasangan warga emas itu di rumah mereka dipercayai selepas berlaku pertengkaran.

Mayat kedua-dua mangsa  ditemui terbaring berlumuran darah di ruang tamu rumah; dan susulan kejadian itu, suspek melarikan diri di kawasan hutan berhampiran rumah mereka sebelum gerakan mencari suspek giat dilakukan dengan bantuan Unit Anjing Pengesan (K9).

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid dalam kenyataan media mengesahkan kedua-duanya dipercayai dibunuh suspek yang berusia 42 tahun yang juga anak kepada mangsa sebelum melarikan diri.

Suspek berjaya ditangkap pada jam 10.30 malam di bawah terowong Lebuhraya Sistem Penyuraian Trafik Kuala Lumpur Barat (SPRINT) dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.  HARAKAHDAILY 11/12/2023

- Advertisement -