Penonton maut: Perlawanan Granada-Athletic disambung hari ini

Perlawanan La Liga antara pasukan Granada dan Athletic Bilboa pada semalam, Ahad, 10 Dis 2023 telah dihentikan selepas 17 minit berlangsung. (FOTO: BBC Sports)
- Advertisement -

GRANADA, Sepanyol: Perlawanan La Liga antara Granada dan Athletic Bilbao yang telah dibatalkan selepas 17 minit berlangsung pada Ahad (10 Dis) susulan seorang penonton maut di tempat penonton di stadium Nuevo Los Carmenes, akan berlangsung semula pada hari ini, Isnin (11 Dis).

Perlawanan pada Ahad dihentikan selepas 17 minit ketika paramedik cuba memulihkan pernafasan seorang penonton yang mengalami serangan jantung, namun meninggal dunia sejam kemudian.

- Advertisement -

Sehubungan itu, La Liga telah mengumumkan permainan pada hari ini tersebut akan dimulakan semula dari minit ke-17, dengan Athletic mendahului 1-0 menerusi jaringan Inaki Williams, pada  jam 20:00 GMT; dan penonton yang mempunyai tiket untuk perlawanan awal akan dibenarkan untuk hadir.

Hos perlawanan itu juga telah mengucapkan takziah kepada ‘keluarga dan rakan-rakan peminat serta seluruh keluarga Granada’.

Sementara itu, penjaga gol, Unai Simon dipuji oleh penyokong Granada kerana membantu memaklumkan kepada pegawai mengenai insiden di tempat penonton. 

Terdahulu, pemain dari kedua-dua Granada dan Bilbao meninggalkan padang 20 minit selepas perlawanan dihentikan pada minit ke-17.  HARAKAHDAILY 11/12/2023

- Advertisement -