SEMENANJUNG GAZA: Pasukan Pertahanan Israel (IDF) mendakwa pemimpin Hamas di Gaza, Yahya Sinwar ‘bersembunyi di bawah tanah.
Pada awal hari ini, Khamis (7 Dis), Presiden Benjamin Netanyahu mengumumkan bahawa tentera Israel telah mengepung rumah Sinwar,sambil menambah bahawa hanya menunggu masa untuk menangkapnya, lapor The Guardian.
Sinwar, 61, ahli pengasas Hamas yang dilahirkan pada 29 Okt 1962, telah dibesarkan di kem pelarian Khan Younis.
Ditanya sama ada kenyataan Netanyahu bermakna tentera Israel sedang mendekati rumah Sinwar, jurucakap IDF, Daniel Hagari berkata: “Rumah Sinwar adalah kawasan Khan Younis.”
“Sinwar tidak berada di atas tanah; dia berada di bawah tanah,” kata Hagari, sambil menambah dia tidak mahu menghuraikan secara terperinci di mana dan bagaimana dan apa yang diketahui IDF tentang keberadaan Sinwar.
“Ini bukan tempat untuk bercakap tentang perkara sedemikian di media. Tugas kita ialah mencari Sinwar,” katanya. – HARAKAHDAILY 7/12/2023
Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!
Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!