Rujuk Anwar ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen

Rosol Wahid
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim sekali lagi diminta untuk dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen kerana didakwa cuba mengelirukan Dewan Rakyat.

Dato’ Rosol Wahid (PN-Hulu Terengganu) berkata, usul itu dikemukakan kepada pejabat Yang Dipertua Dewan Rakyat pada 14 Nov lalu mengenai percanggahan jawapan Parlimen

- Advertisement -

Beliau berkata, Ahli Parlimen Tambun ketika sesi pertanyaan menteri baru-baru ini mendakwa pembaziran peruntukkan kerajaan bagi program kerajaan dibawah pimpinan Pagoh dan Bera.

“(Ahli Parlimen) Tambun mendakwa RM700 juta telah digunakan dan ini bercanggah jawapan jawapan Menteri Dato’ Armizan Mohd Ali, mengatakan perbelanjaan digunakan kira-kira RM187,000 sahaja.

“Dijawab juga oleh menteri sama pada 25 Mei tahun ini yang memaklumkan membelanjakan terkini untuk program hebahan Malaysia Madani, berjumlah RM7.4 juta, jadi sini ada percanggahan,” katanya.

Berucap di Dewan Rakyat, di sini, hari ini, Rosol berkata lagi, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul perlu mengeluarkan keputusan untuk mengelak sebarang kenyataan mengelirukan dewan.

Menurutnyai, percanggahan itu juga menyebabkan pandangan rakyat terhadap badan tertinggi negara mengubal dasar akan tercalar selain mencemarkan imej wakil rakyat termasuk pembangkang.

Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Ramli Mohd Nor yang mempengerusikan sidang Dewan Rakyat kemudian berkata, sebarang keputusan dibuat perlu mendapat persetujuan Yang Dipertua Dewan Rakyat.

Sehubungan itu, Ramli yang juga Ahli Parlimen Cameron Highland menasihatkan Rosol supaya sekali membangkitkan perkara itu ketika Johari mempengerusikan persidangan itu nanti.

Beliau berkata, perkara tersebut sudah berada dalam pertimbangan pejabat Yang Dipertua Dewan Rakyat dan kuasa untuk membuat keputusan itu bergantung kepada kuasa penuhnya.

“Ada dua perspektif di sini pertamanya apa yang dibangkitkan oleh (Ahli Parlimen) Hulu Terengganu masih dalam pertimbangan Tan Sri Speaker dan saya percaya dia akan naik pada hari ini boleh diajukan semula.

“Point (perkara) ini telah diambil maklum dan saya mempengerusikan pagi ini telah menyatakan perkara ini telah dalam pertimbangan Tan Sri Speaker, beliau akan naik (jadi pengerusi) nanti,” katanya.  HARAKAHDAILY 23/11/2023

- Advertisement -